Cuti bersalin 90 hari atau 60 hari?

cuti bersalin

Piawaian minimum Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menetapkan tempoh cuti bersalin tidak kurang daripada 14 minggu (98 hari), di mana enam minggu merupakan cuti wajib diberikan selepas kelahiran, Walaupun banyak nefara telah melaksanakan peraturan ini, di Malausia cuti bersalin selama 90 hari masih terus diperdebatkan tanpa sebarang kata putus.

Huhuhu…sebenarnyan dah lama kan kisah untuk memanjangkan cuti bersalin dari 60 hari ke 90 hari. Hingga la Negeri Selangor dan Terengganu dah mula berkuatkuasakan untuk pekerja di Negeri mereka.

Mari kita lihat kelayakan cuti bersalin dari mula sehingga kini :

  • Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 1984 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 1991 yang antara lainnya memperuntukkan bahawa tempoh cuti bersalin pada masa itu ialah selama 42 hari
  • Tempoh cuti bersaliln di kaji dan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1998 mulai 1 Mei 1998 dan selaras dengan pindaan tersebut, kerajaan telah bersetuju tempoh bersalin dipanjangkan daripada 42 hari kepada 60 hari dan pekeliling terdahulu dimansuhkan.
  • Di samping itu pegawai/guru dibenarkan mengambil Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehingga 90 hari mulai hari ke-61 dari tarikh bersalin.
  • Kemudian kerajaan telah melanjutkan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) daripada 90 hari kepada had maksimum 5 tahun berturut-turut sama ada secara sekali gus atau sebahagian daripadanya melalui Pekeliling Perkidmatan Bil.15 Tahun 2007.

Wah…banyak jugak yek Pekeliling yang di ubah-ubah mengikut aliran semasa.

Beberapa negara maju dan membangun di dunia seperti Jepun, Norway dan Singapura menetapkan bahawa pekerja wanita yang melahirkan anak, secara automatik akan diberi cuti bersalin daripada tugasan pejabat paling kurang selama 120 hari atau empat bulan.

Manakala negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan Laos, kerajaannya membenarkan seseorang kakitangan wanita bersalin bercuti selama 90 hari.

Namun di Malaysia (kecuali Selangor dan Terengganu memberikan tempoh 90hari) memberikan tempoh cuti bersalin 60 hari. Ia menjadi isu yang dipertikaikan kerana jangka masa itu dianggap tidak mencukupi untuk ibu bersalin pulih sepenuhnya sebelum kembali bekerja.

cuti bersalin

Ala….comelnya Zulfadhli selepas kelahiran dia… (iklan jap)

Kenapa perlu 90 hari?? tak cukup kah 60 hari??

Tempoh 60 hari dikatakan terlalu singkat kepada ibu yang baru bersalin untuk menguruskan bayi dan kembali cergas bagi memulakan rutin di tempat kerja. Kakitangan wanita menuntut tempoh cuti bersalin ditambah menjadi 90 hari kerana ia akan memberi lebih faedah kepada kedua-dua pihak iaitu ibu dan majikan.

Dr. Husna Sulaiman berkata, cuti 90 hari amat penting kepada wanita bersalin namun ia memerlukan sokongan pihak tertentu.

“Cuti 90 hari membolehkan ibu dan anak menyesuaikan diri antara satu sama lain namun tempoh itu tidak mencukupi kepada ibu yang menyusukan anak.

“Bagi memastikan ibu dapat terus menyusukan anak, majikan perlu menyokong dengan menyediakan kelonggaran atau kemudahan menyusukan anak kepada mereka.

“Manakala suami juga perlu menyokong dengan bersama-sama menjalankan tanggungjawab menjaga bayi dan urusan rumah tangga apabila kelapangan supaya tempoh 90 hari mencukupi kepada isteri yang baru melahirkan anak untuk bercuti sebelum memulakan kerja,” ujarnya.

cuti bersaliln

Alhamdulilah…. selepas hari ke 61 aku bersalin kan Iskandar, aku sambung pula Cuti Tanpa Gaji selama sebulan demi anak-anak

Dengan tempoh itu juga, ibu pastinya lebih lega untuk meninggalkan anak kepada jagaan pengasuh kerana apabila tamat cuti bersalin, anak sudah berusia tiga bulan.

Tempoh cuti sehingga 90 hari yang didambakan itu mampu memberikan wanita yang baru bersalin rehat mencukupi dan mengembalikan tenaga selepas melalui detik sukar melahirkan anak.

Kesihatan yang sempurna daripada segi mental dan fizikal membolehkan mereka menjalankan tugasan di tempat kerja dengan baik dan membantu majikan meningkatkan produktiviti.

Selepas memulakan tugasan, kebarangkalian untuk seseorang wanita itu mengambil cuti sakit juga adalah kurang dan ia pastinya menjimatkan kos perubatan majikan.

Pendapat aku :

Yup…. aku harap dengan kerajaan ini dapat meluluskan memperuntukkan Cuti Bersalin ke 90 hari. Setelah aku mengalami pengalaman bersalin secara bedah dan normal, memang patut kerajaan menimbang semula cuti bersalin ke 90 hari.

Nak pula kalu bersalin secara pembedahan. Lagi memerlukan rehat yang panjang. Di mana luka di bahagian dalam perut masih belum sembuh walaupun luka di luar sudah kelihatan sembuh. 60 hari adalah masa yang singkat.

Aku harap Kerajaan dapatlah menimbang semula peruntukan cuti bersalin ini. Sebab aku nak mengandung anak ke- 4 yang memang sah akan melahirkan melalui pembedahan dan memerlukan cuti yang panjang. Walaupun cuti tanpa gaji di laksanakan, lebih elok Cuti Bersalin 90 hari tu kerana cuti tu dibayar gaji. hehehehe

Sebelum menutup perbincangan ini, renung-renungkan lah wahai lelaki yek :

Janganlah jadi suami yang bila anak pertama dan kedua, tempoh cuti bersalin tujuh hari yang diberikan kepada mereka digunakan sebaik mungkin untuk menjaga anak, namun bila masuk anak ketiga, mereka menghabiskan cuti itu dengan membuat aktiviti luar seperti memancing.

Sekian terima kasih…hehehehe

UPDATE : Sila refer Cuti Bersalin 90hari sudah dikuatkuasakan

Nota kaki : Pendapat aku begitu, pendapat korang pula??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 comments

    • sumijelly says:

      @lydzar,
      betul tu Lydzar…. sumi pun sebenarnya setuju kalu 90 hari…
      anak pun kuat sikit dn kita x risau kan anak ketika kerja..
      ada beza tau masa 60 hari ngan 90 hari,,… anak pun esklusif menyusu badan sepenuhnya,…

  1. maslinamansor says:

    Suka kalau 90hari cuti bersalin diluluskan. 60 hari sebenaranya, badan ibu masih lagi dalam keadaan lemah.

    Macam aku dulu pun ambil cuti tanpa gaji sebab nak bersama Danish lama. Nak menyusukannya sepenuhnya. Tapi tak tercapai gak..

    Harap juga kerajaan luluskan…

  2. darkbatman says:

    rasenye yg cuti 90 hari 2 dh stat berjalan kan kak? bgs gak peringatan 2..kdg2 laki ne lupe biler anak dh 3-4 org.ahaha.. maklumla biler anak ramai bru rindukan zaman single..hehe

  3. dbalkis says:

    semoga la dapat 90 hari..Dah serik dengan pengalaman bb pertama terpaksa outstation time umur baby 4 bulan…kalau kene time baby 3 bulan camne? lagi teruk. At least 90 hari dapat le cover sket tang bf tu..

    • sumijelly says:

      @dbalkis,
      yup…tu yg ramai ibu2 yg bekerja berharap mendapat 90 hari…
      anak masih kecil di tinggalkan… yg menyusu lagi susah…
      sbb mas anie la senang nak beri ..sbb anak bukan makan pun..hanya minum susu..kan elok susu ibu tu di beri sepenuhnya…

  4. Bina says:

    salam perkenalan. ye setuju sangat kalau cuti bersalin diluluskan sebanyak 90 hari. kalau tak silap, staf bank kat negara kita dah pun diluluskan cuti bersalin 90 hari. semoga lepas ni staf kerajaan pun dapat kemudahan ini.

  5. sha says:

    sepatutnya bagi la terus 90 hari utk 5 anak.. kalo tertakluk kpd 300 hari tu cukup utk 3 anak je laaa…
    sama gak… x de +baikan pun…

Leave a Reply to dbalkis Cancel reply