Hanya 13 hotel sah halal
pengarang@utusan.com.my
![]() |
|
SHAH ALAM 11 Ogos – Hanya 13 hotel di Selangor telah mendapat pengesahan halal dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Sehubungan itu, Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, umat Islam di Selangor diingatkan supaya sensitif dengan status halal hidangan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini terutama jika berbuka di hotel.
Beliau berkata, hanya hotel yang dapurnya telah disahkan halal oleh JAIS dan Jakim boleh diyakini bebas daripada penggunaan bahan-bahan mentah yang tidak halal dan meragukan serta jaminan kebersihan penyediaan dan pengendalian mengikut hukum syarak.
‘‘Sebahagian besar hotel-hotel memaparkan tag line Buffet Ramadan atau seumpamanya, seolah-olah menghalalkannya secara automatik kerana situasi Ramadan dan umat Islam.
‘‘Hakikatnya Buffet Ramadan atau seumpamanya ini tidak dapat memberi apa-apa jaminan terhadap status halal seperti dituntut oleh hukum syarak dan pematuhan kepada keperluan-keperluan lainnya,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Berita penuh : Utusan Malaysia 12.08.2010

thanks, good info
@nuyin2u,
thanks nuyin…
sekadar menyebarkan sahaja…hehehe
hehe.. rase nak komen kat blog ni byk2 je.. hahahhaa
@hamzah,
eleh…ko tu memang…
suka arr tu dpt .com kan?? kan?? hehehe
just those 13? hmm… yg glamer2 dan besar2 tak tersenarai pun kan?
prob not going for iftar kat hotel this year (unless lah kak sumijelly nak belanja..hehe- kalau camtu on ajer)
MY LATEST ENTRY: Aishah’s the zig-zagging princess
@Hidayah,
huhuh…tu yg di paparkan 13 jer… tak tahu la kot ada pertambahan.. hehehe
erk…tersedak kak sumi… nak suh banjer..huhuhuhu….
makan kat umah jerla..x membazir..hehehe tp kalu hidayah banjer..kak sumi on jer..hik3
thanx for the info kak sumi! 🙂
@Afra Yuri,
ur welcome Afra……hehehe
palace xde? baru ingat nak pergi arinih…
@aidi-safuan,
eleh..pergi jerla…
kalu dah was-was… dah tak boleh makan tau…