Carlist.my My Malaysia Photography Contest

Wah…. lagi beberapa minggu sahaja kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 yang bertemakan 1Malaysia Menjana Transformasi.

Sedar tak sedar rupanya aku dah hidup di Tanah Air ku hampir 30 tahun. Aku di lahirkan di Malaysia, di besarkan di Malaysia dan hidup pun di Malaysia di mana tiada sesempurna negara lain selain MALAYSIA TANAH TUMPAHKU.

Aku cukup berbangga menjadi ANAK MALAYSIA yang tiada peperangan, tiada kekejaman, tiada kebuluran, tiada perbalahan  malah serba serbi lengkap walaupun arus kemodenan masih lagi jauh ketinggalan. Tapi masih lagi seiring dengan negara yang lain.

Semoga MALAYSIA akan terus maju dan maju hingga menjadi yang termaju di mata Dunia.

’carlist.my

Sempena hari kemerdekaan Carlist.my menganjurkan peraduan “My Malaysia Photography” yang menawarkan perlbagai hadiah yang cukup lumayan **duit beb!! tunai  lagik!!**

  • Hadiah pertama : RM350 x 1
  • Hadiah kedua : RM200 x 1
  • Hadiah ketiga : RM100 x 3
  • Dan Hadiah lain turut di sertakan.

Dah tahu Hadiah, mestilah nak tahu syarat-syarat peraduan kan?? senang aja. Peraduan ini berdasarkan UNDIAN di mana korang perlu daftar di Carlist.my kemudian hantarkan gambar yang tidak melebihi 6MB

Hantarkan seberapa banyak gambar yang korang nak, kerana tiada had penghantaran. Selepas gambar di hantar jangan lupa minta jasa baik kengkawan, saudara mara, keluarga, jiran tetanga atau kenalan korang untuk mengundi gambar korang.

Hantar di Facebook, Twitter, Buat Blog atau emelkan kepada mereka untuk mengundi gambar korang.

Mudah kan!!

Penyertaan adalah PERCUMA!!!! dan terbuka kepada SEMUA RAKYAT MALAYSIA!!!

Peraduan ini bermula dari 11 Ogos – 29 September 2010.

Cepat!! Peraduan ini masih lagi terbuka. Mana tahu gambar korang mendapat undian tertinggi?? hehehe

1Malaysia Menjana Transformasi

Nota kaki : Kot ada yang masuk peraduan ni, let me know yek.. leh aku tolong undikan… hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments

Leave a Reply to eT Cancel reply