Mari menonton filem sepanjang bersahur @ CITRA

LEBIH 30 filem akan menemani anda seisi keluarga menerusi slot Sinema Sahur setiap hari di Astro Citra bermula jam 4.30 pagi sejak 10 Ogos lalu.

Berlangsung sehingga 9 September ini, antara filem hebat sediakan ialah I’m Not Single, Evolusi KL Drift, Cuci, Los & Faun, Talentime, dan Hingga Hujung Nyawa. Selain itu, satu filem baru turut disiarkan setiap hari tanpa ulangan sepanjang Ramadan ini. Pengurus Saluran Astro Citra, Shoba Devi, berkata waktu sahur adalah waktu perdana bagi kebanyakan saluran di bulan puasa.

“Sehubungan itu, dua filem baru dipilih untuk penonton kami iaitu Pisau Cukur dan Lembing Awang Pulang Ke Dayang yang ditayangkan menerusi slot Blockbuster Ahad. Kedua-dua filem ini bergenre komedi dan klasik,” katanya.

Pisau Cukur sentuhan Bernard Chauly, selepas filem Gol dan Gincu berkisar kepada dua wanita mata duitan lakonan Maya Karin dan Fazura.Mereka mempunyai impian untuk mendapatkan suami kaya ketika bercuti di dalam sebuah kapal mewah. Selain dua bintang hebat itu, pelakon lain yang turut membintangi ialah Aaron Aziz, Liyana Jasmay, Afdlin Shauki, Eizian Yusof dan Umie Aida.

Selain itu, penonton Astro Citra berpeluang menyaksikan filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang lakonan Farid Kamil, Siti Elizad, Zul Huzaimy, Hattan dan Aziz M Osman. Karya ini di adaptasi daripada novel terlaris mengisahkan sebuah legenda di Johor pada 1776.Awang diminta belayar di lautan luas selama tiga tahun sebagai syarat untuk me­ngahwini tunangnya, Dayang. Bagaimanapun, sepanjang ketiadaan Awang, rakan baiknya berusaha memikat Dayang dengan meyakinkan gadis itu bahawa tunangnya terbunuh.

Filem ini akan menemui penonton pada 29 Ogos nanti, jam 9 malam. Bukan itu saja, bagi peminat filem Indonesia, dipaparkan 3 Doa 3 Cinta pada 18 Ogos ini, jam 9 malam. Ia mengisahkan tiga sahabat yang tiba di persimpangan dalam hidup mereka.Selepas tamat peperiksaan akhir di sekolah agama, mereka berdepan dengan dilema moral apabila takdir memaksa supaya pilihan dibuat. Haluan dipilih harus diubah. Pelakon menjayakannya ialah Nicholas Saputra, Yoga Pratama, Dian Sastrowardoyo dan Yoga Bagus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply