Diskaun tol sempena raya ditentukan 2 Sept ini

tol

PETALING JAYA 20 Ogos – Penetapan diskaun kadar tol sempena Hari Raya Adilfitri bulan depan akan ditentukan pada satu mesyuarat dengan syarikat-syarikat konsesi pada 2 Sept. ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkata, mesyuarat Majlis Keselamatan Jalan Raya itu akan digunakan untuk mendapatkan maklumat balas daripada semua syarikat konsesi tol berhubung bayaran tol.

“Tengoklah syarikat mana yang bermurah hati beri (diskaun) lebih sikit. Saya rasa Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pun tak mahu ketinggalan memberi diskaun. Jangan takutlah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Galeri MUFORS (Malaysians Unite For Road Safety) di Restoran Jejantas USJ, Kawasan Rehat dan Rawat USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di sini, hari ini. – Bernama

Nota kaki : Ala… mesti bagi la diskaun..tiap2 tahun pun mcm tu kan??hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply