Insurans Aidilfitri cuma RM6

pos

POS Malaysia Berhad melalui Unit Perniagaan Runcitnya melancarkan produk baru, Insurans Pos Raya yang terbuka untuk semua lapisan masyarakat di negara ini sempena menjelang Aidilfitri ini pada harga serendah RM6.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Faisal Albar (gambar) berkata, pihaknya menggalakkan semua rakyat Malaysia mengambil peluang memiliki Insurans Pos Raya di mana-mana cawangan pejabat pos seluruh negara.

Katanya, ia bagi memastikan orang ramai dilindungi sewaktu musim perayaan terutama anggota keluarga.

“Ini satu-satunya skim insurans individu dalam pasaran yang boleh dimiliki di kaunter dengan harga sangat berpatutan iaitu RM6 bagi individu dan RM20 untuk ahli keluarga.

“Orang ramai boleh mendapatkannya bermula 16 Ogos hingga 21 September ini di lebih 700 cawangan kami,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur.

Dengan Insurans Pos Raya, pemilik insurans atau keluarganya dilindungi 24 jam daripada kemalangan yang berlaku sewaktu perjalanan balik kampung, mengunjungi rumah terbuka, melawat saudara, bercuti, dalam perjalanan ke tempat kerja, sedang bekerja atau melakukan aktiviti sukan.

Selain itu, rakyat Malaysia, penduduk tetap dan pekerja asing (dengan permit yang sah) berusia dari 16 hingga 69 tahun layak memohon.

Banyak faedah Insurans Pos Raya antaranya pembeli polisi tidak perlu melalui pemeriksaan kesihatan dan boleh mendapat RM100 bagi menanggung kos sekiranya kehilangan kad pengenalan, lesen memandu atau pasport akibat diragut dengan syarat kehilangan dilaporkan kepada polis.

Malah, ahli keluarga yang dilindungi tidak terhad bilangannya serta kadar insurans maksimum RM20,000 bagi setiap individu dan RM100,000 ahli keluarga.

Untuk keterangan lanjut, kunjungi pejabat pos berdekatan atau 03-22756560 (Pos Malaysia) atau 03-21468648 (MAA Assurance).

Nota kaki : Elok di ambil untuk yg pulang kek ampung menggunakan kenderaan awam. Semoga tahun ini pengusaha bas awam lebih berhati-hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments

  1. ciklinn says:

    ok sisi TQ yer…. nanti email kan yer….

    ada ym tak? ni ym linn cinda_29@yahoo.com…. huhuhu byk nak tanya nie… maklumlah… ciklinn ni mmg tak pandai bab nie… tau guna blogspot pun sbb tinggal klik jer….. hahahah

    ermmm kalu leh nak nama ciklinn.com, kalau nama ni kosong lg.. lock pun bolehh..linn bayar hari nie juga…. muahahha tak sabarrr2 linn kan..

Leave a Reply to makdara TERdiva Cancel reply