Ini adalah dari petikan seorang emel kepada aku. Jadi aku kongsikan bersama korang..
Selamat bergelak ketawa!!!
Kisah Cacing
Ada suatu keluarga cacing sedang makan malam, bersama sama dengan saudara saudaranya. Sedang asyik makan, anak cacing yang paling kecil tanya kepada ibunya.
“Ibu, manusia itu apa…?” Tanyanya
“Hisssh…. kalau sedang makan jangan sebut manusia.. jijik.” Kata ibunya.
Pak Pandir
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata, “Bentuk macam taik.” Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,”Lembik…macam taik.”Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,”Bau macam taik.”
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit…
“MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!”
Kenapa tak ketawa
Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.
Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.
Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.
” Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? ” tanya seorang gadis kepada wanita itu.
“Sungguh kelakar,”jawab wanita itu singkat.
“Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? “tanya gadis itu lagi.
“Tidak..”, jawab wanita itu.
“Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa”, gadis itu masih tak berpuashati
“Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? ” getusnya.
Nota kaki : Selamat berhujung minggi…… psstt……..dh pikir ke juadah apa petang kang?? hik3
hahaha.. tp lawak yg last tue ada makna tersirat la.. bayangkan kalau betul2, suami sendiri terpaksa mencari rezeki sbg pelawak ke ahli sarkis ke.. org lain terbahak2 ketawa..adakah kita mampu ketawa sama??
.-= aurikel´s last blog ..Bila aku sudah tua =-.
hehe..lawak2…hhahaha:D
.-= miss keroppi´s last blog ..khutbah Jumaat- =-.
@miss keroppi,
lawak yang membawa maksud tu..hehehe
yg atas tu la kelakor.. 🙂
masih memikir2kan juadah utk arini..
selamat berhujung minggu sumijely &family
.-= makdara TERdiva´s last blog ..tazkirah 10 ramadhan =-.
@makdara TERdiva,
kelakar..hehehehe…
kawan sumi la forward emel kat sumi…
jadi sumi kongsi la ngan kengkawan lain…
har har har..
.-= hamzah´s last blog ..Siti Nurhaliza Buat Lagu Raya Baru =-.
@hamzah,
muahahahahaha…….
boleh gitu??
ala, x kelakar pon semua nih. lagi sedih ade lah. 🙁
.-= aidi-safuan´s last blog ..Latest tricks on how to write a perfect resume Girls only P =-.
@aidi-safuan,
ko ni mesti tak ada perasaan kan bila membaca??
hahaha