Ingatkah kalian pada Bean?

Salam Ramadhan….

Rasulullah SAW bersabda, “Tutuplah belanga (tempat makanan) dan tempayan (tempat air) sebab dalam setahun itu ada suatu malam di mana penyakit (wabah) akan turun. Tidaklah ia melewati belanga atau tempayan yang tidak ditutup melainkan turun padanya penyakit (wabah) tersebut.” (HR.Muslim)

Demikian pula, Rasulullah SAW telah menyiratkan akan cara paling penting
dalam menghindari penyakit (tindakan preventif) dalam sabdanya yang lain,
“Hindarilah debu sebab di dalamnya terdapat bakteri.”

Kenalkah korang pada Bean Moreno atau lebih di kenali Sutera BLogger??

Mungkin ada yangkenal ada yang tidak… aku kenal Bean Moreno pun masa events ke Astro B.yond Bloggers Night

Itu lah kali pertama aku jumpa dan kenal dengan dia…

Selepas itu hubungan aku semakin rapatAWAS ya… sebagai seorang kakak kepada adiknya yek..

Rajin suruh Bean tolong ambil kan tiket wayang…thanks Bean Moreno

bean

Marilah kita doakan supaya cepat sembuh kepada Bean Moreno ( Sila lihat gambarnya seperti dilampiran ) yang telah di tahan di Hospital berikut :

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras
Wad 6J Katil 27

Bean Moreno telah di masukkan ke hospital sejak 21 Ogos 2010 sehingga sekarang. Kemungkinan akan di tahan selama seminggu kerana mendapat jangkitan Paru-paru berair.

Bagi yang berkesempatan dan mempunyai masa terluang, boleh la melawat Bean Moreno seperti yang di nyatakan.

Masa lawatan di buka dari pukul 12.00 tengahari – 7 malam.

Harap kengkawan yang lain sudi mendoakan semoga Bean Moreno cepat sembuh. Hari ni mungkin hari dia, esok lusa mana tahu kita pula yang kena…

Boleh juga baca entry dr Aus atas penyebaran maklumat ini. Thanks yek Aus, kerana SMS kak sumi semalam…hehehe

Nota kaki : Harap Bean Moreno cepat sembuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply