Program Manifestasi Puisi ‘LAILATUL MAJANA’

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato’ / Datin / Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bersempena dengan sambutan hari kebangsaan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakan satu Program Manifestasi Puisi ‘LAILATUL MAJANA’ pada 28 Ogos 2010 (Sabtu) selepas solat terawikh bertempat di Auditorium Taman Budaya, Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan ini, pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjemput warga Malaysia untuk hadir dan menyaksikan program tersebut  yang berkonsep puisidra. Masuk adalah percuma. Butiran mengenai acara ialah seperti berikut:-

Tajuk Program :  Manifestasi puisi “Lailatul Majana”
Tarikh : 28 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 – 10.30 malam
Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuala Lumpur

Bagi mereka yang ingin hadir awal, pihak penganjur akan menyediakan kemudahan solat Isyak dan juga solat sunat tarawikh di tempat berkenaan.

Untuk makluman lanjut, sila hubungi pegawai penyelaras, Encik Ferdaus Hassan di talian 03-20726431 atau 017-201 7802.

Sekian untuk makluman.

Nota kaki : untuk sebaran sumer penduduk di malaysia…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply