Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan menyegerakan berbuka dan melewatkan bersahur. Baginda amat menggalakkan umatnya melakukan yang serupa sebagaimana maksud sabda baginda SAW yang berbunyi : Sentiasalah umatku memperoleh kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka puasa bila tiba waktunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sebuah hadis Qudsi berbunyi :
Antara hamba-hambaku yang Aku lebih kasihi ialah orang yang paling segera berbuka puasa – Petikan dari Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Tirmizi.
Yang dimaksudkan segera berbuka ialah apabila jelas telah masuk waktu maghrib dengan tenggelamnya matahari. Tidaklah dilewatkan berbuka hingga hilang tanda merah di langit dan nampaknya bintang (dengan gelapnya langit) kerana ini ialah cara berbuka puasa golongan Yahudi dan kaum Syiah Rafidhah.
Bagus entry tazkirah macam ni. Suka 🙂
@Zida,
terima kasih zida..
ni pun dpt dari emel yg kawan bagi..
apa salahnya kita berkongai kan?? kan?? heheh