Iftar bersama kelurga tersayang

Hari Jumaat lepas, aku kan kene ber’cuti’ sebab TASKa anak aku tutup.. (tp last minute aku tahu, mereka bukak pula…grrrrr….)

Jadi aku ambik kesempatan suh kelurga aku datang berbuka kat rumah aku.

Kira selama hampir 15 hari berpuasa, baru berkesempatan nak berbuka bersama kelurga aku…huhuhuhu…

Macam la jauh nau Bangi – Pandan Indah kan?? tapi masa jer aku tak ada..hehehe

berbuka puasa

Aku tak kasi mak aku masak lauk. Sebab nak suruh dia datang makan jer... tp di sebabkan kakak aku dari lipis datang sekali, dia tingin nak makan Sup Ikan Merah, jadi mak aku pun masak la.

Aku pula masak Ayam masak lemak cili api, ikan siakap berlada, telur goreng dan sayur sahaja.

Dan ada yang di beli tapi sikit jer sebab tak mahu ada pembaziran berlaku.

Kebetulan sepupu aku, Ayu pun cuti jadi aku ajak la sekali makan bersama. Cian mak yong… tak yahla penat-penat nak masak… datang jer makan umah aku yek..hehehe

berbuka puasa

Makan kat bawah jerla yek..

Mana cukup nak makan kat atas meja tu… kusi aku jer ada 6..yang datang jer dekat 15 orang…hehehe

Perghh…. presentation pun tak chantik… ni kalu bukak bisnes kedai ni..confirm orang tak datang makan..hehehe….

berbuka puasa

Kakak aku dari lipis tu datang sempena Nuzul Al-Quran. Kan pahang cuti, ambik kesempatan bershopping sambil berbuka puasa ngan kelurga aku.

Nanti minggu depan dah tak sempat, sebab tahun nie masing-masing pakat raya umah mertua dulu termasuk aku la..

Kakak aku balik Kelantan, jadi pepaham la..sure kene balik awal kan?? hehehe

berbuka puasa

Aku tahun nie balik Melaka jer. Walaupun dekat, tapi kalu kene kesesakan lalu lintas yang amat panjang..perghh……boleh patah ko kaki tekan clash tu…hehehe

Selalu kami akan pulang sehari sebelum raya. Belah petang la kot. Tinggal la umah aku sunyi sepi… tapi kawasan umah aku dah ada pegawal keselamatan. Harap2 mereka dapat menjaga keselamatan kawasan rumah ni..

berbuka puasa

Selesai makan dan sembahyang maghrib, mak aku dah cabut dulu.

Sebab dia nak kejar terawikh kat umah. Jadi pulang awal cikit. kemudian masing-masing pun membawa diri untuk pulang.

Kakak aku terus balik umah mak aku la.. kecik-kecik pun umah mak aku, tu la tempat kakak aku duk tidur baring…

Jadi kesimpulan nya, bila berbuka beramai-ramai, memacam cerita yang keluar.. seronok tengok gelagat anak-anak buah aku.

Masing-masing dah besar. anak-anak buah auku yang tolong basuh pinggan mangkuk pas makan.

Ringan sikit kerja mak teh ko ni…hehehehe

Nota kaki : Alhamdulilah, bila masak sederhana, tiada pembaziran berlaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments

    • sumijelly says:

      @JAI,
      tu la…bukan selalu dapat kumpul bersama tau Jejai…
      jarang…sesekali jer..tu pun 2 abang aku tak der…huhuhuhu sorang berniaga, sorang lagi masih belum balikkerja…

Leave a Reply to velasrizal Cancel reply