Tema, Logo dan Lagu 1 Malaysia – 2010

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke -53 ini, marilah kita menyelami erti – erti Kemerdekaan melalui tema, logo dan lagu 1 Malaysia.

1) Tema hari kemerdekaan ke 52
– 1 Malaysia Menjana Transformasi

2) Logo hari kemerdekaan seperti berikut:

Logo  1 M'sia

Maksud logo:
Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

3) Lagu hari kemerdekaan
– Lagu Satu Malaysia telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.

Berikut adalah lirik lagu tersebut.

SATU MALAYSIA
Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Aktiviti yang dijalankan sempena Hari Kemerdekaan yang ke 53 seperti berikut :

  • Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 1 Ogos 2010 di Stadium Utama, Kangar, Perlis
  • Majlis Berbuka Puasa Muhibah 1Malaysia akan diadakan pada 30 Ogos 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan
  • Sambutan Hari Kebangsaan Ke – 53 pada 31 Ogos 2010 diadakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
  • Majlis Berbuka Puasa dan Tahlil Merdeka bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak anjuran KPKK akan diadakan pada 31 Ogos 2010 di Masjid Putra, Putrajaya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply