Bas percuma balik kampung

bas

KEBESARAN Ramadan bukan hanya cabaran menahan lapar dan dahaga. Malah, Ramadan memberi kesempatan pelbagai pihak tampil menghulurkan sumbangan kepada golongan yang tidak bernasib baik.

Stesen radio Suria FM yang sudah beroperasi selama empat tahun turut menjalankan tanggungjawab sosial dengan meraikan anak yatim dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di Swiss-Garden Hotel & Residences, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Bagi mereka yang belum lagi membeli tiket bas balik ke kampung, Suria FM menganjurkan peraduan Jom Balik Raya yang memberikan tiket percuma.

“Sesiapa saja berpeluang mendapat tiket bas percuma ini. Syaratnya mudah iaitu hanya perlu mendaftar di laman sesawang, www.suriafm.com.my.

“Buat masa ini, tiket bas ke Johor Bahru sudah habis. Namun, tiket ke destinasi lain seperti Kota Bahru, Pulau Pinang dan Batu Pahat masih ada.

“Bagi mereka yang mendapat tiket percuma, kami juga memberikan duit raya sebanyak RM50. Sebenarnya, peraduan ini adalah kali ketiga dianjurkan.

“Nyata sambutan yang diterima daripada pendengar cukup menggalakkan. Konsep kami adalah siapa cepat, dia dapat,” katanya.

Menyemarakkan aktiviti yang berlangsung, Suria FM bekerjasama dengan Permanis (Tropicana Twister), mengadakan jualan Juzz Jambo di seluruh negara. Setiap satu jus buah-buahan ini djual pada harga RM2.

“Bagi pengunjung pusat membeli-belah Tesco yang membelanja RM50 ke atas, mereka boleh mendapatkan album, Ceria Raya yang memuatkan 10 lagu termasuk dua lagu baru nyanyian penyampai Suria FM sendiri.

“Untuk menyambut Aidilfitri yang akan menjelang tiba tidak lama lagi, kami juga mengagihkan bungkusan istimewa daripada Suria FM di empat lokasi plaza tol terpilih iaitu Jalan Duta, Sungai Rasau dan Sungai Besi serta MTD Gombak,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

Leave a Reply to sharinginfoz Cancel reply