Lalauan kecemasan dibuka sempena Aidilfitri

laluan kecemasan

SUBANG 4 Sept. – Laluan kecemasan di tujuh lokasi persimpangan dan hentian di Lebuh Raya Utara Selatan akan dibuka bersempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi melancarkan perjalanan pengguna.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, langkah itu bagi memastikan pengguna lebuh raya tidak menempuh kesesakan semasa pulang ke kampung dan kembali ke ibu kota.

“Lokasi terpilih itu dikenal pasti sebagai paling kerap berlaku kesesakan pada musim perayaan dan bagi mengatasi masalah tersebut kami membenarkan pengguna lebuh raya menggunakan laluan kecemasan pada tarikh yang telah ditetapkan supaya lebih sistematik.

“Kami percaya dengan pelaksanaan langkah ini, kadar kesesakan di lebuh raya akan dapat dikurangkan dan sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan pada musim perayaan ini,” katanya dalam sidang akhbar sempena pemantauan trafik pada Aidilfitri di sini hari ini.

Pada 9 hingga 11 September ini, tiga lokasi laluan kecemasan akan dibuka iaitu di persimpangan antara Tapah dan Gopeng serta Hentian Sebelah Behrang dan Sungkai untuk ke utara manakala persimpangan Nilai dan Seremban untuk arah selatan.

Pada 12, 16 dan 19 September ini, laluan kecemasan boleh digunakan di antara Hentian Sebelah Simpang Pulai dan Gopeng; Hentian Sebelah Gunung Tempurung dan Tapah serta persimpangan antara Bidor dan Hentian Sebelah Ladang Bikam bagi aliran trafik dari utara ke ibu kota.

Bagi laluan dari arah selatan ke ibu kota bagi tempoh yang sama akan dibuka di persimpangan antara Port Dickson dan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban.

Nik Airina pula berkata, sepanjang tempoh perayaan ini, pihaknya akan menambah jumlah pasukan PLUS ronda kepada 130 pasukan dan akan memberi arahan supaya kekerapan rondaan ditingkatkan sebanyak 20 peratus bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna lebuh raya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply