Polis jumpa kereta Sosilawati

datuk sosilawati

Hati saya kuat mengatakan ibu masih berada di dalam negara. Semoga dia selamat,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak sulung pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Care Sdn Bhd (Nouvelle Beauty), Datuk Sosilawati Lawiya, berhubung kehilangan ibunya sejak lapan hari lalu.<

Ditanya berhubung motif kehilangan ibunya, dia bagaimanapun sukar mengenal pasti sama ada ia bermotif jenayah atau sebaliknya, namun percaya ibunya mungkin berhadapan ‘detik sukar’.

Difahamkan pasport milik Sosilawati, 47, ditemui berada di rumahnya manakala mangsa tidak membawa sebarang pakaian seperti kebiasaannya jika dia mempunyai tugasan di luar negara.

Pada masa sama, Erni turut kesal berikutan laporan akhbar Kosmo yang mendakwa ibunya membawa RM4 juta sedangkan maklumat terbabit dianggap kabur dan tidak tepat.

“Saya tidak pasti dari mana maklumat itu diperoleh, namun pendedahan berita terbabit boleh memburukkan keadaan dan keselamatan emak.

JUMPA...kereta Sosilawati yang ditemui di luar Pangsapuri Angsana di USJ1, Subang Jaya, malam tadi.

JUMPA…kereta Sosilawati yang ditemui di luar Pangsapuri Angsana di USJ1, Subang Jaya, malam tadi.

Fakta :

  • Sosilawati dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya selepas dikatakan keluar dari pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, Isnin minggu lalu.
  • Beliau dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas memberitahu seorang anak perempuannya mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari. Ahli perniagaan itu dilaporkan hilang bersama pemandu, peguam peribadi dan seorang pegawai bank.

Nota kaki : Harap-harap polis berjaya menemui Datuk Sosilawati dalam keadaan yang selamat. Semoga kelurga beliau tabah menghadapi dugaan ini…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments

  1. Jamilah says:

    Tolong lah sebarkan berita ini…
    http://denaihati.com/suspek-pembunuh-sosilawati-juga-pangarah-syarikat-penipu-pon-72-sdn-bhd

    Salah seorang dari peguam yang bergelar Datuk adalah merupakan salah seorang dari Pengarah Syarikat yang telah berjaya menipu orang ramai iaitu Syarikat Pon72..Salah satu syarikat yang menipu duit ramai orang. Syarikat Pon 72 ini juga meniru hakcipta sebuah syarikat lain iaitu Visiber Sdn Bhd. Perkara ini telah terbukti!!!

Leave a Reply to Kancilbiru Cancel reply