Bumi catat suhu paling panas

Bumi catat suhu paling panas

Imej yang dikeluarkan oleh NASA merakamkan fenomena La Niña dikesan semakin meluas di Lautan Pasifik seperti yang dirakamkan oleh satelit Jason-2. – AP


WASHINGTON 16 Sept. – Dalam tempoh lapan bulan sejak awal tahun ini, bumi mencatat suhu purata paling panas, sekali gus memecahkan rekod suhu panas purata yang dicatat dalam tempoh yang sama pada 1998.

Dalam tempoh lapan bulan itu, bumi mencatat suhu purata 14.7 darjah Celsius iaitu suhu yang sama pernah dicatat dalam tempoh yang sama pada 1998, kata Pentadbiran Hidupan Laut dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA).

Ketika 1998 mencatat suhu purata paling panas dalam tempoh lapan bulan itu, 2005 pula mencatat suhu paling panas sepanjang tahun.

Dalam pada itu, NOAA turut mendapati suhu pada bulan lalu merupakan suhu ketiga paling panas bagi bulan Ogos selepas 1998 dan 2009, apabila mencatat suhu mencecah 16.2 darjah Celsius.

Selain itu, suhu musim panas antara Jun hingga Ogos tahun ini merupakan suhu kedua paling panas selepas 1998 apabila ia mencecah 16.2 darjah Celsius.

Dalam satu laporan berasingan, Pusat Data Salji dan Ais Kebangsaan berkata, litupan ais pada musim panas tahun ini di Artik merupakan yang ketiga terkecil berbanding ketika kali pertama saiznya diukur melalui satelit pada 1979.

Saiz bongkah ais yang meliputi laut Artik semakin mencair dan keluasannya yang dicatat seluas enam juta kilometer persegi pada bulan lalu adalah 22 peratus lebih kecil daripada yang pernah dicatat antara 1979 hingga 2000, lapor NOAA.

Bongkah ais yang semakin cair berpunca daripada perubahan cuaca akibat pemanasan global yang menyebabkan suhu bumi semakin meningkat sejak beberapa dekad lalu.

Kecairan ais turut dilaporkan di Greenland dan Antartika yang dibimbangi akan menyebabkan beberapa masalah seperti peningkatan kadar paras laut, pengurangan glasier dan perubahan cuaca dunia.

Satu laporan baru iklim dunia mendapati, beberapa kawasan di timur Eropah, timur Kanada, dan di timur Asia mencatat suhu panas luar biasa, manakala di Australia, tengah Rusia serta selatan Amerika Selatan dicatat mengalami suhu paling sejuk dalam sejarah. – AP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

  1. IHSAN says:

    paling risau ialah jumlah ais di glacier2 di pergunungan himalaya yang makin berkurangan. ais glacier himalaya menjadi sumber kepada banyak sungai2 penting di asia (ganges, tigris, euphrates, mekong, etc etc). bila ais himalaya tak cukup, 50% penduduk Asia akan kehilangan sumber air bersih, menyebabkan kebuluran, penyakit, dan mungkin juga peperangan dan ketakstabilan ekonomi… hishhh menakutkan lah pemanasan global ni!
    .-= IHSAN´s last blog ..Nikon Released a New DSLR D7000 and Speedlight SB-700 =-.

Leave a Reply to hamzah Cancel reply