Projek Jamrah siap

jamrah

MAKKAH: Bangunan yang mempunyai kemudahan landasan untuk helikopter mendarat dalam projek Jamrah termasuklah kerja pembinaan lain sudah selesai.

Bangunan itu akan digunakan ketika kecemasan, kata Dr Habeeb Zain-Al-Abideen, Timbalan Menteri Jabatan Hal Ehwal Bandar dan Luar Bandar. Jamrah adalah kawasan di mana ibadah melontar dilakukan dalam rukun haji.

Projek itu dijangka selesai pada pertengahan Oktober tahun ini dan akan digunakan untuk musim haji akan datang. “Setiap tingkat bangunan dilengkapi penyaman udara. Alat pendingin akan diletakkan di tingkat lima bagi merendahkan suhu persekitaran hingga 29 darjah celsius,” kata Dr Habeeb.

jamrah

Projek meluaskan kawasan Arafah juga sudah selesai apabila mampu menampung pertambahan 900,000 jemaah. Peluasan kawasan di Arafah ditambah sehingga 25 peratus lagi. Projek itu termasuklah memperbaiki jalan raya, menaik taraf sistem perparitan dan menebang pokok. – Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply