Kadar pembiayaan rumah kekal 90%

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Bagi memastikan golongan muda dan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri, kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan pembiayaan rumah kepada 90 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar pembiayaan rumah itu kekal untuk pembelian bagi rumah pertama dan kedua sahaja.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak berhasrat mengurangkan kadar pinjaman perumahan daripada 90 peratus kepada 80 peratus pada masa ini.

– di petik dari Utusan Malaysia

Alhamdulilah…. kekal jugak 90%. Kalu letak 80% mak aih..tinggi tu… mana la nak cekau 20% untuk pendahuluan…huhuhuhu….

Yang 10 % pun gagau nak mencari…. kesian pada yang berpendapatan rendah…….jadi..marilah semua membeli rumah sementara harga rumah akan melambung tinggi lagi….

lestari puchong

Aku gak yang tidak bernasib baik..

Hampir 7 tahun menunggu, rumah masih tak siap lagi walaupun telah di ambil alih oleh Kerajaan Selangor….huhuhuhu

Nota kaki : Di manakah keadilan rakyat?? huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply