salam sumi, sy tak faham camner nak earn income dari nuffnang ni, kena join diorang punya invitation dan contest tu ker atau kena edit ape2 ker..sy betul2 blur…huhu..harap tunjuk ajar, arigatoozaimas…
Aku terima pertanyaan begitu di ruang komen Cek kedua dari Nuffnang.
Sebenarnya aku pun bukannya pakar sangat dalam nak meningkatkan pendapatan ni. Kalu naik pun dalam jumlah yang sangat sikit. Yang pakar aku rasa Eyriqazz, tengokla rezeki dia.. semakin bertambah..
Kau rasa mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin ada yang tak suka baca, sikit-sikit Nuffnang, sikit-sikit Nuffnang… tapi itu mereka, pada yang tak tahu pasti ingin mengetahuinya…
Ok.. ramai yang dah daftar Nuffnang, kalu tengok kebanyakkan blog ada yang menggunakan Nuffnanguntuk mendapat pendapatan sampingan dalam cara berblog.
Untuk mendapatkan pendapatan dengan Nuffnang, harus ingat mereka mempunyai 3 kempen dalam menghasilkan duit.
- Kempen CPC
- Kempen CPM
- Kempen MCPM
- Pengiklanan
Bagi kempen CPC
- Pendapatan anda diperoleh berdasarkan setiap bilangan klik unik oleh pengunjung unik anda terhadap unit iklan yang memaparkan kempen iklan CPC dan akan dikredit ke dalam akaun selepas 3 hari kempen CPC tamat, ia akan tamat setelah mencapai sasaran maksimum bilangan klik.
- Sekiranya blog anda memaparkan iklan CPC tetapi tidak mendapat sebarang klik, maka tiada pendapatan akan diberikan.
Kiranya kempen ni untuk memula daftar la… mereka kira per klik yang klik iklan yang di paparkan kat blog. Kalu ada iklan tapi tak klik, tak ada la duitnya. Tapi ingat!, jangan klik diri sendiri punya iklan. Tu dah kira FRAUD… dan kemungkinan boleh dai BANNED oeh Nuffnang tau..
Tapi selalu iklan baru akan muncul, untuk klik dan mengetahui lebih lanjut apa salahnya… tak salah.. tapi bukan dengan kerap dan setiap hari. Pandai-pandaila yek…
Bagi kempen CPM
- Pendapatan yang anda perolehi bergantung kepada jumlah purata pengunjung unik yang anda terima dalam minggu suatu kempen itu dibina berdasarkan jumlah purata pengunjung unik anda.
- Lebih tinggi tahap anda (atau lebih banyak bilangan pengunjung unik) maka lebih tinggi jumlah pendapatan yang anda dapat.
- Segala jumlah pendapatan anda akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja setelah suatu kempen iklan itu tamat.
Kempen ni pula selepas Nuffnang bagi kita BE, yang ini selalunya akan kekal di satu tempat jer. Pengiraan nya lagi mudah. Andai banyak pengunjung ke blog korang, maka tinggila pendapatan nya.
Jadi pepandai la korang untuk menarik pembaca datang bertandang bila ada BE nie… dengan pembaca juga pendapatan itu terhasil.
Bagi kempen MCPM (Metered CPM)
- Pengiklan akan membeli sejumlah set bilangan pengunjung unik daripada blog anda untuk memaparkan iklan mereka dalam tempoh minggu tertentu.
- Jumlah pendapatan yang anda perolehi akan disimpan sebagai Pendapatan Terumpuk sementara kempen itu berjalan sehingga ia mencapai bilangan unik yang dibeli pengiklan daripada blog anda. Setelah blog anda selesai memberikan jumlah unik yang dikehendaki, pendapatan anda akan dikredit masuk ke dalam Pendapatan Semasa anda.
Kempen ni pula bila selesai sesuatu kempen, maka akan jadi terumpuk @ metered. Iaitu dah ada sejumlah pendapatan di kira. Kira dah habis la kempen tu berjalan. Jadi tak akan ada pendapatan lagi untuk iklan itu la…
Bagi kempen Pengiklanan
- Pengiklan sendiri akan meminta untuk membuat satu entry yang berkaitan dan anda akan di bayar dengan harga tertentu berdasarkan produk yang di beri.
- Selalunya kempen dari pengiklanan ini memerlukan pengunjung yang tinggi dan pengiklan sendiri akan memilih blogger yang dia pilih.
Hah… yang ni lagi la.. selalunya bila dah ad pengujung yang tinggi dan statistik nya tidak berubah-rubah la… ialah pengiklan mesti nak cari yang ramai pengunjung dan jugak sentiasa maintain jer pelawatnya..
Jadi untuk mendapatkan iklan yang berbayar nie, aku tak tahu lagi, sebab takpernah dapat…hehehehe
Itu pasal selalunya di bahagian ruangan Surver Profil Blogger, kita di kehendaki melengkapkan butiran dengan betul dan tepat supaya pengiklan mendapat apa yang mereka kehendaki.
Untuk menyertai peraduan atau acara anjuran Nuffnang, terpulang. Tak semestinya kene sumer masuk. Kalu dapat menyertai amatlah bagus kerana sambil itu kita dapat menambah kenalan antara blogger lain.
Ada juga yang tidak menyertai apa-apa acara anjuran Nuffnang, tapi pendapatan mereka masih juga berjalan. Sebab kebanyakan acara anjuran Nuffnangsemua di adakan di lembah kelang. Jadi pada yang duduk jauh mungkin agak sukar nak menyertainya.
Iklan – ha… pastikan korang letak iklan Nuffnangbetul-betul yang di arahkan. Kalu boleh iklan itu mudah dan senang di lihat. Pengiklan mesti tak suka kalu iklan mereka tak kelihatan seperti terlindung, terletak di bawah sekali dan tidak keluar iklan seperti yang di tetapkan.
Jadi pastikan korang meletakkan ‘code’ iklan dengan betul dan tepat. Andai salah letak ‘code’ iklan, iklan tidak dapat di paparkan dengan betul.
Yang terakhir kalu boleh setiap hari dapat menyiarkan sekurang-kurang nya satu artikel setiap hari untuk meningkatkan traffik pengunjung. Kerana kalu kurang traffik maka kurang la daya tarikan pengiklan untuk memilih korang..hehehe
Jadi bersabarlah untuk mendapatkan BE dari Nuffnang, mungkin hari ini, esok, lusa atau akan datang korang akan dapat. Jangan risau pasti setiap blogger akan mendapatnya. Cuma cepat atau lambat sahaja. Ikut rezeki masing-masih jugak.
So, aku harap dengan penerangan yang aku berikan dapatlah korang faham serba sedikit bagaimana untuk menjana pendapatan dari Nuffnang.
Maafla andai ada yang tidak lengkap atau masih lagi samar atau ada kesilapan dalam memberikan pendapat mengenai Nuffnang. Harap ada yang dapat membetulkan atau membantu dengan meninggalkan komen di bawah.
Nota kaki : Terima kasih kerana sudi membaca entry yang panjang lebar ni…hehehehe
TQ sis…. baru lin paham skrg… patutlah duit duklah seposen dua dari dulu2 lagi… hikhikhik
@ciklinn,
oh..dah paham la yek….
heheeh… tak per.. sabar yek..
nanti lelama naik la…
Wah tq akak.dah lama sy cari tentang ini tp malu nk tny.leh la akak jd sifu syg utk dpt riban2 mcm akan.leh la..leh la..leh yer akak.
@Mamat Hensem,
oit..oit… ni apa hal nie??
ko tu dah lama tahu… gatal lak jadi mcm tak tahu…
sekeh kang…. dah kasi settle lom kerja yg kak sumi bagi??hahaha
salam sumijelly.akak kurang faham cara naffnang ni.akak dah daftar dgn naffnang.ia perlu upgraed tiap2 hari ke?
@kak tee,
walaikumussalam kak Tee…
kak sy dh view blog akk… rasanya akk salah masukkan code nuffnang tu….
akk kene masukkan kat bahagian HTML CODE… boleh view kat blog nuffnang cara2 masukkan CODE nuffnang tu…
kalu dh letak code nuffnang tu, biarkan iklan berjalan mcm biasa… tu jer
aku sampai sekarang tak dapat BE… ker aku tak pernah tau yer..?
Tak pe aku sabar menunggu… 🙂
wah betul2 jelas penjelasannya..worth to read 🙂
@Fitrihadi.com,
sebab dah ad aorang bertanya… maka perlu la di jelaskan…huhuhuhu
aie tensen kak.. ctr asyik drop..pastu hilang dahh bonus..
@darkbatman,
tu la.. mcm mana yek kita nak naikan CTR tu…
kak sumi punmasih lagi belajar2 nie…huhuhuhu
@darkbatman, xper bro..that’s menunjukkan bro tak fraud click..hik3..eden pun sama..kalau ada rezeki tak kemana kan?
info yang sungguh bagus nie kak…sure dapat membantu mereka yang tak faham…
@lynn hamzah,
terima kasih Lynn…harap2 begitu la.. sbb ramai nau yg bertanya…hehehe
1 hari 1 artikel eh? kdg2 tu kan, 2 hari xde lgsung artikel.hehehe..punya malas @ malas tahap tenuk @ saja malas2 nk update. hahaha
Kisah Benar! Aku Keguguran… Dan Aku Telah Menyesal. Bimbinglah Aku…
@ReD,
ala..buat la..janjji ada entry..
walaupun 1 jer…huhuhuhu
baru akak paham..selama nie..blurr…
@kakyon,
hehehe… tak per kak…
sumi share mana yg sumi paham….
Salam. Barulah saya faham. Terima kasih kerana sudi berkongsi info.
@MilHazif,
sama-sama…
info yg tak clear kasi clear..kalu tidak susah nanti..hehehe
hahhaah masih tak berapa paham… tp takper slow2 blajar…
tq 4 the info
@pN.rOs,
tak per.. pelan2 belajar… nanti lelama sure paham dan tahu….
Salam .. memang bukan mudah nak dapat duit .. cara mana sekalipun kena gigih .. tak ada jalan pintas ..
@hasrulhassan,
yup..betull…… kene pelan-pelan…
ada orang dpt bina blog dlm sekelip mata, ada orang sedikir2 baru dpt bina…
apa2 pun, kit aperlu belajar dr segi aspek..jgn putus asa yek..
thanks for a good tips..
akak mcm mn nk dpt earning…???
saya dah siap suma tp mcam mn nk th earning dia sama mcm adsense k???
MAcamana nak paste ke blog kita..sebab dia keluar komen cam ni??
Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly.
@abgngah, masa saya mula2 letak nuffnang pon ada error macam ni jugak..jenuh nak carik sebab dia….cuba check dekat nama url website/blog…..maybe ada yang tersilap taip sbb lepas saya betulkan url baru dah x ada error tu lagi…..:)……..
saya baru berjinak jinak dengan nuffnang.. mcm nea pun info bagus.. tq
hi….bagus info kt sini……tq yer….dapat ilmu….
@suzie,
Sama-sama…. sila2 la jengah lagi.,
Salam ahkak..
nak tanya nih..
org punya nuffnang kan.. 15 sen jek sejak mula dulu.
xpenah naik2..
tengok blog, eh ada jugak iklan…
Tapi apsal xde pendapatan lagi yep?
@ara,
ye ker??
mungkin akak rasa adik nya masih lagi CPC..iaitu iklan kalu tak klik tak der income.. klau dpt BE br untung sikit masa tu setiap yg dtg baca akan dikira..(kiraan tak tahu la)
ada BE tak?? kalu x der, memang hanya berharapkan klik dr iklan jerla…
salam akak
nak tanya ni
saya dah dapat earning bg kempen kempen tertentu jenis global_cpc tp takdelak tulis BE ..camana nak dpt BE tu?
saya budak baru belajar
@ciku,
BE ni bukan setiap blogger dapat sayang…
kekadang ada rezeki dpt la.. klau tidak x der…
kene tunggu la nuffnang bagi…
cuma tinggkatkan prestasi blog..mcm update selalu dan pelbagaikan entry yek..
@Sumijelly,
oo..saya baru bulan feb ni wat blog..tq tq kak sumi bg byk info
@ciku,
sesama ciku…
apa yg kak sumi tahu, kak sumi kongsi la..hehe
maklumat yang berguna untuk aku..
atara semua tu yang mana lebih baik untuk aku yang baru 2 bulan daftar nuffnang nie?
@mj,
mula dari bawah untuk berjaya naik ke atas…..
iklan yang kita buat kat naffnang tu kena tulis ayat power ke….
@kak tee,
kak.. saya rasa akk kurang faham mengenai iklan nuffnang nie..
kakk bukan kene letak kat entry… tp masukkan ke dalam body html template….
akk dah salah buat kat blog akk tu… kene betulkan…
@Sumijelly, macam mana akk nak masukkan naffnung kedalam blogger akk.
thanx sis for the info…sy br je sign up dgn nuffnang ni…masih byk bnde yg perlu belajar…:)
@hartini,
hehehe, terima kasih,.,.,.,.
apa slaahnya berkongsi info kan… tak baik kedekut.. buakn nya dapat apa pun…..
salam kak…
saya x pasti sama ada blog saya menepati syarat2 nuffnang ke x.. boleh x kak tolong check… ni blog saya(http://annamariana1989.blogspot.com).. harap kak dapat bantu sebab saya kurang jelas sebab sy memang x faham langsung hal nuffnang.. kalo bleh minta kak email kat saya (annamariana1989@yhaoo.com)…
terima kasih kak…
jasa baik kak akan saya hargai selalu..
@mariana,
walaikumussalam Dik.. nanti kak sumi emelkan yek..
Menarik… sya baru lagi dalam berblog ni… harap sumijelly beri tunjuk ajar…