Macammana nak jana pendapatan dengan Nuffnang?

pertanyaan

salam sumi, sy tak faham camner nak earn income dari nuffnang ni, kena join diorang punya invitation dan contest tu ker atau kena edit ape2 ker..sy betul2 blur…huhu..harap tunjuk ajar, arigatoozaimas…

Aku terima pertanyaan begitu di ruang komen Cek kedua dari Nuffnang.

Sebenarnya aku pun bukannya pakar sangat dalam nak meningkatkan pendapatan ni.  Kalu naik pun dalam jumlah yang sangat sikit. Yang pakar aku rasa Eyriqazz, tengokla rezeki dia.. semakin bertambah..

Kau rasa mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin ada yang tak suka baca, sikit-sikit Nuffnang, sikit-sikit Nuffnang… tapi itu mereka, pada yang tak tahu pasti ingin mengetahuinya…

Ok.. ramai yang dah daftar Nuffnang, kalu tengok kebanyakkan blog ada yang menggunakan Nuffnanguntuk mendapat pendapatan sampingan dalam cara berblog.

Untuk mendapatkan pendapatan dengan Nuffnang, harus ingat mereka mempunyai 3 kempen dalam menghasilkan duit.

  1. Kempen CPC
  2. Kempen CPM
  3. Kempen MCPM
  4. Pengiklanan

Bagi kempen CPC

  • Pendapatan anda diperoleh berdasarkan setiap bilangan klik unik oleh pengunjung unik anda terhadap unit iklan yang memaparkan kempen iklan CPC dan akan dikredit ke dalam akaun selepas 3 hari kempen CPC tamat, ia akan tamat  setelah mencapai sasaran maksimum bilangan klik.
  • Sekiranya blog anda memaparkan iklan CPC tetapi tidak mendapat sebarang klik, maka tiada pendapatan akan diberikan.

Kiranya kempen ni untuk memula daftar la… mereka kira per klik yang klik iklan yang di paparkan kat blog. Kalu ada iklan tapi tak klik, tak ada la duitnya. Tapi ingat!, jangan klik diri sendiri punya iklan. Tu dah kira FRAUD… dan kemungkinan boleh dai BANNED oeh Nuffnang tau..

Tapi selalu iklan baru akan muncul, untuk klik dan mengetahui lebih lanjut apa salahnya… tak salah.. tapi bukan dengan kerap dan setiap hari. Pandai-pandaila yek…

Bagi kempen CPM

  • Pendapatan yang anda perolehi bergantung kepada jumlah purata pengunjung unik yang anda terima dalam minggu suatu kempen itu dibina berdasarkan jumlah purata pengunjung unik anda.
  • Lebih tinggi tahap anda (atau lebih banyak bilangan pengunjung unik) maka lebih tinggi jumlah pendapatan yang anda dapat.
  • Segala jumlah pendapatan anda akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja setelah suatu kempen iklan itu tamat.

Kempen ni pula selepas Nuffnang bagi kita BE, yang ini selalunya akan kekal di satu tempat jer. Pengiraan nya lagi mudah. Andai banyak pengunjung ke blog korang, maka tinggila pendapatan nya.

Jadi pepandai la korang untuk menarik pembaca datang bertandang bila ada BE nie… dengan pembaca juga pendapatan itu terhasil.

Bagi kempen MCPM (Metered CPM)

  • Pengiklan akan membeli sejumlah set bilangan pengunjung unik daripada blog anda untuk memaparkan iklan mereka dalam tempoh minggu tertentu.
  • Jumlah pendapatan yang anda perolehi akan disimpan sebagai Pendapatan Terumpuk sementara kempen itu berjalan sehingga ia mencapai bilangan unik yang dibeli pengiklan daripada blog anda. Setelah blog anda selesai memberikan jumlah unik yang dikehendaki, pendapatan anda akan dikredit masuk ke dalam Pendapatan Semasa anda.

Kempen ni pula bila selesai sesuatu kempen, maka akan jadi terumpuk @ metered. Iaitu dah ada sejumlah pendapatan di kira. Kira dah habis la kempen tu berjalan. Jadi tak akan ada pendapatan lagi untuk iklan itu la…

Bagi kempen Pengiklanan

  • Pengiklan sendiri akan meminta untuk membuat satu entry yang berkaitan dan anda akan di bayar dengan harga tertentu berdasarkan produk yang di beri.
  • Selalunya kempen dari pengiklanan ini memerlukan pengunjung yang tinggi dan pengiklan sendiri akan memilih blogger yang dia pilih.

Hah… yang ni lagi la.. selalunya bila dah ad pengujung yang tinggi dan statistik nya tidak berubah-rubah la… ialah pengiklan mesti nak cari yang ramai pengunjung dan jugak sentiasa maintain jer pelawatnya..

Jadi untuk mendapatkan iklan yang berbayar nie, aku tak tahu lagi, sebab takpernah dapat…hehehehe

nuffnang

Itu pasal selalunya di bahagian ruangan Surver Profil Blogger, kita di kehendaki melengkapkan butiran dengan betul dan tepat supaya pengiklan mendapat apa yang mereka kehendaki.

Untuk menyertai peraduan atau acara anjuran Nuffnang, terpulang. Tak semestinya kene sumer masuk. Kalu dapat menyertai amatlah bagus kerana sambil itu kita dapat menambah kenalan antara blogger lain.

Ada juga yang tidak menyertai apa-apa acara anjuran Nuffnang, tapi pendapatan mereka masih juga berjalan. Sebab kebanyakan acara anjuran Nuffnangsemua di adakan di lembah kelang. Jadi pada yang duduk jauh mungkin agak sukar nak menyertainya.

Iklan – ha… pastikan korang letak iklan Nuffnangbetul-betul yang di arahkan. Kalu boleh iklan itu mudah dan senang di lihat. Pengiklan mesti tak suka kalu iklan mereka tak kelihatan seperti terlindung, terletak di bawah sekali dan tidak keluar iklan seperti yang di tetapkan.

Jadi pastikan korang meletakkan ‘code’ iklan dengan betul dan tepat. Andai salah letak ‘code’ iklan, iklan tidak dapat di paparkan dengan betul.

Yang terakhir kalu boleh setiap hari dapat menyiarkan sekurang-kurang nya satu artikel setiap hari untuk meningkatkan traffik pengunjung. Kerana kalu kurang traffik maka kurang la daya tarikan pengiklan untuk memilih korang..hehehe

Jadi bersabarlah untuk mendapatkan BE dari Nuffnang, mungkin hari ini, esok, lusa atau akan datang korang akan dapat. Jangan risau pasti setiap blogger akan mendapatnya. Cuma cepat atau lambat sahaja. Ikut rezeki masing-masih jugak.

So, aku harap dengan penerangan yang aku berikan dapatlah korang faham serba sedikit bagaimana untuk menjana pendapatan dari Nuffnang.

Maafla andai ada yang tidak lengkap atau masih lagi samar atau ada kesilapan dalam memberikan pendapat mengenai Nuffnang. Harap ada yang dapat membetulkan atau membantu dengan meninggalkan komen di bawah.

Nota kaki : Terima kasih kerana sudi membaca entry yang panjang lebar ni…hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

47 comments

        • Sumijelly says:

          @kak tee,
          walaikumussalam kak Tee…

          kak sy dh view blog akk… rasanya akk salah masukkan code nuffnang tu….

          akk kene masukkan kat bahagian HTML CODE… boleh view kat blog nuffnang cara2 masukkan CODE nuffnang tu…

          kalu dh letak code nuffnang tu, biarkan iklan berjalan mcm biasa… tu jer

  1. abgngah says:

    MAcamana nak paste ke blog kita..sebab dia keluar komen cam ni??

    Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly.

    • suzie says:

      @abgngah, masa saya mula2 letak nuffnang pon ada error macam ni jugak..jenuh nak carik sebab dia….cuba check dekat nama url website/blog…..maybe ada yang tersilap taip sbb lepas saya betulkan url baru dah x ada error tu lagi…..:)……..

  2. ara says:

    Salam ahkak..
    nak tanya nih..
    org punya nuffnang kan.. 15 sen jek sejak mula dulu.
    xpenah naik2..
    tengok blog, eh ada jugak iklan…
    Tapi apsal xde pendapatan lagi yep?

    • Sumijelly says:

      @ara,
      ye ker??
      mungkin akak rasa adik nya masih lagi CPC..iaitu iklan kalu tak klik tak der income.. klau dpt BE br untung sikit masa tu setiap yg dtg baca akan dikira..(kiraan tak tahu la)
      ada BE tak?? kalu x der, memang hanya berharapkan klik dr iklan jerla…

  3. ciku says:

    salam akak
    nak tanya ni
    saya dah dapat earning bg kempen kempen tertentu jenis global_cpc tp takdelak tulis BE ..camana nak dpt BE tu?
    saya budak baru belajar

  4. mariana says:

    salam kak…
    saya x pasti sama ada blog saya menepati syarat2 nuffnang ke x.. boleh x kak tolong check… ni blog saya(http://annamariana1989.blogspot.com).. harap kak dapat bantu sebab saya kurang jelas sebab sy memang x faham langsung hal nuffnang.. kalo bleh minta kak email kat saya (annamariana1989@yhaoo.com)…
    terima kasih kak…
    jasa baik kak akan saya hargai selalu..

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply