1 MALAYSIA PESTA TANGLUNG

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Y. Bhg. Datuk / Dato’/ Datin / Tuan / Puan/ Cik,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Pelancongan Perak dengan usahasama Majlis Bandaraya Ipoh, Tourism Perak, Kinta Heritage Group, Lost World of Tambun dan Hospital Pantai akan menganjurkan satu acara iaitu 1Malaysia Pesta Tanglung 2010 sepertimana butiran berikut:

tanglung malaysia

Tarikh : 24 September 2010 (Jumaat)
Masa : 6.00 petang
Tempat : Stesen Keretapi Ipoh
(berhadapan bangunan Dewan Bandaran)

Bayaran : Semua adalah dijemput (bawa tanglung sendiri)

Untuk makluman, pesta yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran masyarakat tentang konsep 1Malaysia ini akan turut disertai oleh 2000 kanak-kanak berbilang kaum dan wakil-wakil dari badan NGO dan pengusaha-pengusaha hotel serta pemain industri pelancongan di Perak.

Acara ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak; YAB Dato’ Seri Zambry Bin Abdul Kadir.

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua warga Malaysia mewar-warkan program berkenaan dan bersama-sama menyertai dan memeriahkan program ini.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung acara ini bolehlah menghubungi Tuan Haji Odzman B Abdul Kadir di talian 012-5186070.

Sekian, untuk makluman.

“1MALAYSIA”, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply