Injap jantung tiruan untuk pesakit warga emas

Injap jantung tiruan untuk pesakit warga emas

Dr. Martin Leon menunjukan model injap jantung tiruan yang dikeluarkan oleh Edwards Lifesciences di Washington, kelmarin. – AP


WASHINGTON 23 Sept. – Ribuan warga emas Amerika Syarikat (AS) memerlukan injap jantung baru, tetapi mempunyai peluang terlalu tipis untuk bertahan bagi menjalani pembedahan bagi menukarnya, kini mempunyai harapan untuk meneruskan hidup menggunakan injap tiruan aortik tanpa perlu menebuk dada mereka.

Injap aorta merupakan pintu utama jantung dan kajian terbaru AS mendapati saluran baru dalam arteri kemungkinan boleh meningkatkan peluang bagi mana-mana pesakit jantung yang tidak mempunyai peluang rawatan untuk memanjangkan hayat sekurang-kurangnya setahun lagi.

Tidak dapat dipastikan apakah injap implan itu dapat berfungsi ke atas pesakit yang tidak begitu teruk yang mahu mencuba mengguna teknologi baru itu bagi mengelakkan menjalani pembedahan untuk menggantikannya dengan jantung baru yang boleh bertahan selama 20 tahun.

Perkara itu masih dikaji, namun dua jenis injap tiruan aortik telahpun dijual di Eropah dan pembuatnya, Edwards Lifesciences Corp. berharap untuk mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat untuk menjual versi itu kepada pesakit dalam tempoh setahun.

“Ia membuka peluang bagi satu lagi rawatan perubatan baru,” kata ketua penyelidik Dr. Martin Leon dari Pusat Perubatan Universiti Colombia dan Hospital Presbyterian New York.

Beliau mengumumkan kejayaan itu semalam dalam New England Journal of Medicine dan juga semasa persidangan tahunan Transcatheter Cardiovascular Therapeutics.

Namun, injap tiruan itu tidak dijamin boleh menyembuhkan penyakit jantung sepenuhnya kerana ia turut membawa risiko pesakit mungkin diserang strok, dan tidak ada sesiapa boleh memberi jaminan berapa lama mereka boleh hidup. – AP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply