Pelajar tak kesal godam Twitter
PEARCE DELPHIN
|
SYDNEY – Seorang pelajar sekolah di Australia, Pearce Delphin yang berumur 17 tahun menyatakan dia tidak berasa kesal kerana menyebabkan laman mesej Twitter terjejas selama lima jam pada Selasa lalu, (21/09) lapor sebuah akhbar semalam.
Delphin mendapati terdapat kelemahan pada Twitter apabila dia menemui kaedah yang membenarkan penggodam mengarahkan pengguna-pengguna laman berkenaan ke laman web lucah Jepun.
“Twitter sepatutnya mampu mengendalikan masalah itu dengan baik,” katanya.
Pihak pengurusan Twitter meminta maaf kepada pengguna-pengguna ekoran masalah itu tetapi menjelaskan akaun Delphin (@zzap) di laman tersebut tidak akan digantung.
Namun, Delphin bukannya pencipta serangan itu.Sebaliknya, dia hanya menjadi penyebar satu teknik arahan itu.
Menurut agensi berita AP, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Masato Kinugawa dari Jepun mungkin menjadi orang pertama yang menemui kelemahan itu.
Menurut Kinugawa, pada 14 Ogos lalu, dia menghubungi Twitter mengenai kelemahan yang berlaku pada Twitter.
“Twitter tidak membetulkan isu kritikal itu selepas ia diberitahu,” katanya di laman tersebut. – Agensi
Nota kaki : hahaha..tak pepasal aku pun follow budak nie…hehehe
hebat betul budak ni…. samapai rambut dia dah meremang gitu
JEMPUT BACA DI BLOG SAYA
domain percuma
Kisah hari jumaat
Gambar menarik
Setem untuk Menyumpit
@sumpit,
hahaha..meremang sbb mengodam terlalu lama…hahahaha
bijak2 betul budak2 skrg….kat sini asyik duk merempit, bergaduh, melepak
@eelobor,
tu la..kalu ada rakyat malaysia yg terror IT tu..sial2 la kuarkan dan tunjoklan kehebatan anda dr merempit dan melepak..hehe
genius betul si PEARCE DELPHIN ni yer
@mrs jamal,
tu la pasal… terro sampai leh godam twitter yg ada beribu2 pengikut…hehehe
saye la pearce delphin
@hamzah,
hahahahaha hamzaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh…………….