Kampung Pengantin jadi rebutan 10.10.10

KINI, mengadakan majlis perkahwinan mahupun kenduri-kendara tidak lagi membebankan bagi pihak keluarga mempelai.

Pokok pangkalnya, sediakan saja wang yang mencukupi dan cari perancang atau perunding perkahwinan. Semuanya akan terlaksana tanpa pening kepala.

Sebut sahaja apa konsep perkahwinan yang diingini. Sama ada dalam taman, ala Bollywood, Arabian Nite, fairy tales dan sebagainya, semuanya boleh dikabulkan.

Begitulah pentingnya, tugas mereka yang menjadi perancang kepada majlis perkahwinan yang mempunyai misi dan tanggungjawab tersendiri dalam melaksanakan sesuatu majlis.

Keindahan Kampung Pengantin Kuala Lumpur bagaikan dalam taman kayangan setelah siap dihias untuk majlis perkahwinan.

Hakikat itu diakui oleh Syed Nahar Syed Hassan, pemilik Kampung Pengantin Kuala Lumpur, – perniagaan perancang dan perunding perkahwinan yang diusahakan sejak 2005.

Menurut Syed Nahar, beliau memulakan perniagaan tersebut atas dasar melihat kesukaran yang dihadapi tuan rumah ketika mengadakan kenduri kendara.

‘‘Kesuntukan masa, ketiadaan tempat sesuai, tiada pengalaman, kurangnya persediaan dan sebagainya adalah faktor utama mengapa pihak yang mengadakan kenduri mencari khidmat perunding perkahwinan.

‘‘Ini kerana mengadakan majlis kenduri-kendara memerlukan komitmen yang bukan sedikit daripada semua ahli keluarga,’’ katanya.

Berkongsi bersama isterinya, Fathin Mohd. Ali, mereka berpadu tenaga mengatur dan mengurus sesebuah majlis perkahwinan dengan harapan majlis itu akan menjadi sesuatu yang dikenangi seumur hidup.

Berbalik kepada industri perunding perkahwinan, Syed Nahar berkata, perniagaan itu mempunyai masa depan yang sangat cerah biarpun mengalami persaingan yang hebat.

Beliau optimis perniagaan itu akan berlanjutan kerana setiap tahun ada sahaja pasangan yang akan mendirikan rumah tangga.

Namun apa yang penting segala pekerjaan yang dilakukan itu perlu didahului dengan minat dan niat.

Sebelum menjadi perunding perkahwinan, Syed Nahar bergiat dengan urusan katering.

Kampung Pengantin Kuala Lumpur yang berupa dewan terbuka boleh memuatkan 1,500 tetamu pada satu-satu masa. Pakej bagi jamuan makan untuk majlis perkahwinan ialah bermula RM35 ke atas untuk seorang.

Namun masih terdapat pakej-pakej lain yang boleh dibuat pilihan sama ada mahukan yang mahal ataupun harga yang berpatutan.

Kampung Pengantin Kuala Lumpur juga menguruskan majlis perkahwinan di luar dari kawasan dan sekarang orang ramai juga boleh menempah jamuan untuk katering sahaja bagi sesuatu majlis.

‘‘Kepada mempelai yang mahu mengadakan jamuan atau majlis perkahwinan, kita minta mereka tempah dalam tempoh enam bulan lebih awal.

‘‘Selalunya akan kami jemput mereka menyaksikan majlis yang terdahulu agar mereka berpuas hati dan kemudian boleh mengenal pasti konsep apa yang dimahukan, makanan dan keperluan dalam majlis perkahwinan nanti,’’ katanya yang merancang untuk membuka cawangan Kampung Pengantin di tempat lain.

Ketika ini Kampung Pengantin juga menjadi rebutan di kalangan bakal pengantin yang mahu mengabadikan hari bersejarah mereka sempena kedatangan tarikh unik 10 Oktober 2010 (10.10.10).

Tambah Syed Nahar, walaupun hingga sekarang ramai yang datang mahu mengadakan majlis pada tarikh tersebut tetapi terpaksa ditolak kerana sudah lama ditempah.

Tahun ini juga merupakan musim kedua Kampung Pengantin Kuala Lumpur menjadi penaja lokasi bagi Peraduan Gerbang Cinta anjuran Mega, akhbar sisipan Utusan Malaysia.

Bagi Syed Nahar, keterujaannya untuk menjadi penaja bagi peraduan untuk musim kedua ialah bagi membantu pasangan mempelai yang mahu mengadakan majlis perkahwinan mereka dengan meriah dan dapat dijadikan kenangan dalam hidup.

‘‘Saya ni sebenarnya suka melihat sesuatu majlis perkahwinan yang dilangsungkan itu berjalan dengan penuh meriah dan selesai dengan sempurna.

‘‘Apatah lagi apabila kita yang menganjurkan majlis itu melihat tuan rumah dan mempelai berasa berpuas hati dengan setiap perkhidmatan yang disediakan,’’ tambahnya.

Apabila ditanya apakah konsep yang akan diilhamkan untuk pemenang pertama bagi Peraduan Gerbang Cinta musim kedua ini, dia berkata, itu masih belum dapat ditentukan lagi kerana ia perlu dibincang bersama bakal pemenang nanti.

Apa pun yang penting, janjinya, mempelai pemenang pertama bagi Peraduan Gerbang Cinta musim kedua ini bakal menyaksikan majlis yang disediakan untuk mereka menjadi kenangan seumur hidup pengantin.

Lokasi Kampung Pengantin Kuala Lumpur ialah di Jalan Usahawan 3/23A, Off, Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur. Talian telefon 03-20219276 atau 016-2518035.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments

  1. fara says:

    10.10.10.. first planning kahwin nak date tu, tp nnt byk sgt date nak kene igt lak kan.. birthday lah, anniversary lah.. terlupe kang ade yg majuk tido kat sofa.. muahaha.. sudahnye 25/9/10 lepas tarikh keramat I kahwin dgn buah hati tercinta 😉 so tak de lah byk date nak igt, sbb 25/9 jugak date anniversary kami kenal

  2. azman says:

    banayk negatif dari positif ,,,kalau tak pecaya bukak blog page mereka…semua nya negatif komen…sila berhati2..

  3. Willy says:

    Salam…
    Komen yg negatif tu dtg dr org yg bayaq x abis…pas tu hutang. Makanan dh jadi taik pun x settle lg…tu la org melayu.

    Yg positif dia x komen dia promote dgn introduce kat relative / kwn2… Alhamdulillah…kpg pengantin pas raya sampai bulan 1 2012 fully booked. Syukur yg teramat kpd Allah…

Leave a Reply to cikmin Cancel reply