Pisau tertusuk di kepala selama tiga tahun

pisau

BRASILIA: Penderitaan seorang lelaki di timur laut Brazil berakhir selepas sekumpulan doktor berjaya mengeluarkan sebilah pisau yang tertanam di kepalanya selama tiga tahun.

Edeilson Nascimento, 29, seorang tukang tayar memberitahu pemberita bahawa beliau terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah bar pada 2007 yang menyebabkan beliau diserang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Selepas kemalangan itu doktor takut untuk mengeluarkan pisau dari kepalanya kerana bimbangkan kerosakan otak yang akan dialami sebaliknya mereka hanya berjaya menarik keluar pemegang pisau berkenaan. – Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply