Amarah Sumijelly Kepada Hamzah

“Ko update ape hah semalam!!”, kak sumi berkata-kata..

“hehe”,

“Ko ada tak wat entry tuk hari ni? hu3”, kak sumi ketawa kecik dihujung ayat..

Jadi ni entry ke-3 bersama Hamzah.. harap-harap tak bosan lah ye.. kalau bosan sila marah kak sumi..  Aku kena paksa update nih.. Kalau aku update Kak Sumi marah, tak update beliau marah jugak.. ayooo.. apppaaa… ammmaaaa…

Tapi macam biasa kalau kena marah aku rilek je..  pasal entry Hamzah Korek Sumi tu tak sangka berbau lucah.. Ish.. takkan nak melucah blog orang kan? tak elok la.. har har har..

Jadi entry kali ni nak cerita pasal Kak Sumi lagi..

Dulu first time jumpa Kak Sumi ni time LG Cookie Party.. Masa tu dari jauh nampak Kak Sumi muka bercahaya je.. Dah la kat party tu gelap kan.. ceh.. muka bercahaya sebab ada henset kat tangan rupanya.. dia pergi suluh muka sendiri.. adoi la…

Mula-mula tengok macam anak dara lah Kak Sumi ni.. Nak mintak nombor talipon segan sebab ramai orang.. Tak mintak kang nanti melepas pula.. argh..

Sebab aku ni gentel-man, takkan nak tergopoh-gopoh pergi mengorat kan? so tanya la dulu si Shahrul Hairy..

“Siapa nama dia?” aku tanya shahrul..

“Sumijelly”, shahrul jawab sambil mata tengok amoi seksi..

“ko rapat dengan dia?” aku tanya lagi..

“gitu-gitu je”, shahrul tengok amoi lagi..

“ramai-ramai ni siapa dah kawin”, aku tanya lagi..

“aku je”, shahrul jawab sedih sambil air mata bergenang..

loh.. dah kawin rupanya.. bila balik rumah aku on PC dan google sumijelly dan keluar la beliau dengan husband dan hero 3 orang.. dan dengan pantas aku tekan butang pangkah kaler merah..

cisss…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 comments

Leave a Reply to hamzah Cancel reply