Cuti bersalin 90hari?? Apa reaksi korang??

cuti bersalin

Wah….sejak Bajet 2011 di bentangkan, ramai yang menyambut dengan gembiranya….

Terutama kakitangan wanita yang dah berkahwin macam aku nie la….

Iaitu :

Memberi fleksibiliti dengan menentukan cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari.

Ok…. mesti ramai yang bersorak gembira…. ewah… sonok yek?? tapi sebenarnya sila fahami maksud FLEKSIBILITI yek…

Ok…meh aku terangkan secara terperinci… ewah… aku kalu bab cuti ni memang suka ko…hahaha

Setiap perkerja awam yang berkhidmat dengan kerajaan akan mendapat cuti bersalin dengan kelayakan 300 hari sekali dalam perkhidmatan.

Ini bermakna, setiap kelahiran mereka layak mendapat cuti bersalin bergaji penuh selama 5 kali kelahiran. Itu kalu mengambil cuti bersalin 60 hari la…

Contoh pengiraan :
300 hari / 5 kali kelahiran = 60 hari setiap kelahiran

Jadi sekarang kerajaan telah pun memberi FLEKSIBILITI untuk mengambil cuti bersalin bergaji penuh selama 90 hari untuk cuti bersalin.

Contoh pengiraan :
300 hari / 90 hari = 3 kali kelahiran bergaji penuh,

Untuk kelahiran ke -4 hanya 30 hari dan untuk menyambung ke 31 hari – 60 hari perlulah memohon cuti bersalin tanpa gaji. Dan untuk kelahiran ke 5 tiada lagi cuti bersalin bergaji tetapi di kira cuti bersalin tanpa gaji.

Ha…. ada paham ka?? bermakna pengunaan cuti bersalin untuk  90hari hanya layak setakat anak ke 3 sahaja la… Terasa la pulak macam kerajaan tak mengalakkan kelahiran jer…hehehe

Jadi aku ada lah untung sikit. Sebab, sebelum masuk Kerajaan aku dah pun memiliki seorang anak. Jadi bila aku masuk kerajaan melahirkan anak ke 2, dikira anak pertama dalam perkhidmatan awam.

Contoh pengiraan aku punya :
Anak ke – 2 : 60 hari
Anak ke – 3 : 60 hari
Anak ke – 4 : 90 hari
Anak ke – 5 : 90 hari
Jumlah cuti : 300 hari

Anak ke – 6 : Cuti tanpa gaji selama 2 bulan la…

Jadi, pada sesiapa yang masuk goverment selepas kelahiran anak pertama dan ke dua akan mendapat lebih cuti bersalin la… Kerana akan di kira anak pertama walaupun dah bersalin anak pertama atau anak ke dua dan seterusnya…

Dan cuti bersalin ini hanya untuk kakitangna Kerajaan jer, pekerja swasta tak ada la kelayakan ini. Melainkan syarikat mereka telah memperuntukan kelayakan cuti bersalin 90 hari macam Bank Tempatan.

Emm…faham ker?? hehehe…

Tak paham, meh la ajukan soklan, aku sedia membantu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

43 comments

  1. ejam says:

    fleksibiliti ini ler yg terbaik, ibu2 boleh pilih nk menggunakan limit 90 hari utk setiap kelahiran ataupun teruskan dgn 60 hari kebiasaan…
    utk anak pertama bleh ler guna pakai 90 hari kan, yg next2 nyer bleh ler kurang2kan atau cukup dgn 60 hari jer…

    saya tengok ramai yg melenting pasal 90 hari kerana tak paham dgn fleksibiliti ini…

    • sumijelly says:

      @ejam,
      memang la terbaik… tp kalu jenis yg dpt melahirkan anak secara selang seli normal + bedah, rasnaya tak cukup untuk 300 hari tu…

      Kelahiran nie susah nak cakap, rezeki masing tp perlu la bijak merencanakan.

      Harap2 kerjaan terus memberi 90hari bercuti bukan melalui Fleksibiliti. Kesihatan dan mental ibu lebih penting jugak kan??

  2. sw33tdarling says:

    dah paham tapi bukan kena mengena dengan aku puunnn….
    tapi nak gak bagi nasihat bijak, sesapa yang merancang nak anak kurang dari 3orang, silalah guna cuti 300hari tu secara maksima…

    pastu terlajak perahu boleh diundur, termengandung lagi, siapalah tanggung?

  3. liz says:

    takkan nak tunggu 2011, baru nak kuatkuasa cuti 3 bulan ni….
    saya dah nak bersalin nie…..lepas umum kat bajet hari tu kira on la kut…

    • sumijelly says:

      @liz,
      memang akan berkuatkuasa tahun 2011 la…
      nama pun bajet… surat pekeliling pun nak pinda, jadi kene la bermula di awal tahun…

      takper, pas nie leh bersalin lagi… nanti leh guna 90 hari tu…

  4. kaknor says:

    Aisey, rugi la kitaa…nak bersalin hjg tahun ni.

    i/1/2011 tu masih dlm cuti besalin. takkan takleh sambung terus utk 90 hari kan?

    kawan saya yg keja bank kata, utk bank hari tu masa kuakuasa 90 hari tu, siapa g masih dlm cuti bersalin terus sambung je dr tarikh kuatkuasa tu.

    hopefully gomen pun buat benda yg sama laaa…

    • sumijelly says:

      @kaknor,
      eeemmm…. yang tu tak tahu pula la kalu dalam masa pantang nak sambung leh tak di kira pakai..

      cuba tanya di HR department…minta penjelasan pasal nie….
      kalu leh guna, untung la.. terus jer sambung…

  5. crazy_gurlz says:

    Bagi sy ada pro n kon nyer.. pro utk si ibu dan kon utk si pengganti utk segala kerja2 yg bakal ditinggalkan oleh si ibu. Si pengganti akan membuat kerja “double” walhal gaji “single”..ada sesiapa terfikir akan hal ini? sektor kerajaan maybe oke la kerana mereka terkenal dgn kerelekkan mereka, tapi bg sektor swasta ianya amat membebankan si pengganti..
    Sebenarnya utk si ibu juga x berapa bagus..apa akan jadi kalau terlalu lama bercuti? tipu la kalau dah cuti lama tuh hati berkobar2 nak masuk kerja semula kan..

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply