You Again, filem komedi keluarga

Ades… sejak dua menjak dan bermenjak2 nie…sibuk tul la… nak update blog pun macam dah tak berapa sempat la…

Maaf la… padahal, banyak citer menarik nak kongsi bersama…hehehe

you again

Apa perasaan anda jika anda harus menerima hakikat bahawa anda akan menjadi adik ipar kepada seorang wanita yang selalu membuli anda di zaman persekolahan? “You Again” menceritakan tentang bagaimana Marni (Kristen Bell) berdepan dengan pembulinya semasa di zaman persekolahan, yang juga anak kepada seorang pembuli yang selalu membuli ibunya (lakonan Jamie Lee Curtis) semasa ibunya berada di zaman persekolahan pada masa dahulu. Apakah pasangan anak dan ibu ini dapat menunjukkan kepada pembuli mereka siapa yang paling berkuasa?

Filem bercorak komedi ini dilakonkan oleh Betty White, Jamie Lee Curtis, Kristen Bell, Kristin Chenoweth dan Sigourney Weaver.

Memang kecoh dan kelakar bila tengok citer nie…

you again

Memula si anak bermusuh ngan kawan sekolah tingginya apabila mengetahui si abang ingin megahwini musuh sekolah nya.

Tuang si abang berpura-pura tidak mengenali bakal adik iparnya dan seolah-olah mereka tiada apa-apa kaitan dalam kehidupan yang lalu.

Apakah yang di lakukan si adik untuk membalas dendam atas perkara yang beralku semasa di alam persekolahan yang lalu??

ha… korang memang kene tengok seh..kalu citer habis memang tak guna la kan..hahaha. Hilanh minat korang nak tengok lak kang..hehehe

you again

Masuk pula part ibunya pula bermusuh dengan Mak Saudara tunang abang nya pula.

Rupa-rupanya mereka juga mempunyai kisah lalu di mana si ibu mereka rupanya pujaan ramai semasa zaman persekolahan sehingga di cemburui oleh rakan sekolah termasuk Mak Cik Saudara Tunang si abang nya tu la..

part nie pun best gak ko…. kene la tengok gak wei…hahaha

you again

you again

you again

So..kesimpulan nya… kisah lama jangan di ungkit walaupun dah tua seperti neneknya yang bertemu dengan rakan sekolah lama juga…

hahaha………. tak pepasal nenek pun terjebak dalam kisah yang menjengkelkan gak…

Jadi, ayuh tengok cerita nie… tapi aku jamin MEMANG KELAKAR la… walaupun aku bawa anak aku dan aku gelak bagai nak rak, anak aku tetap tido tanpa gangguan.

Habis-habis wayang, terus terjaga dengan muka yang segar…hehehehe

So… agak2korang, nak g tengok tak citer nie?? hehehe

Nota kaki : Aku sarankan tengok la bersama keluarga, memang menghiburkan…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply