Aku pun buta gak sejarah, tapi tahu la jugak…

utusan

Kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.

  • remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama?
  • remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan?
  • remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.

Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara. – Dipetik dari UTUSAN

Ades……..agak-agak la wei… takkan la tak kenal siapa PM Pertama?? Aku pun walaupun tak suka sejarah, tapi tahu gak yang basic-basic.. kalu berat pasal tarikh lelama tu iyerla..

Danial pun tahu bila hari Kemerdekaan… adoi….tapi mungkin belum memahami la kan.. sebab dok nyanyi-nyanyi lagu kemerdekaan tu kau di pasang…hehehe

Harap-harap kene banyakkan kan kempen Sejarah untuk masa hadapan…dan sekarang SEJARAH adalah subjek yang mesti LULUS seperti Bahasa Malayasia untuk SPM yang akan datang…

Nota kaki : Teringat lak zaman sekolah aku… cukup tak gemar subjek Sejarah…hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments

  1. eyriqazz says:

    hik3,teringat spm subjek sejarah..main hafal target soalan bakal kuarje..hik3,….subjek sejarah amat membosankan..mungkin kena perbaiki cara guru mengajar sebelum mahu subjek sejarah wajib lulus…

Leave a Reply to JAI Cancel reply