11 digit untuk Nombor Telefon Selular yang Baru

Malaysia bakal lancar nombor telefon selular 3+8

CYBERJAYA 2 Nov. – Malaysia akan melancarkan nombor telefon selular dengan format baru, 3+8 pada 15 Disember ini. Ia akan bermula dengan awalan 011 dan diikuti lapan digit nombor contohnya, 011- 1XXX XXXX.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataannya di sini berkata, setelah mengambil kira jumlah nombor telefon selular sedia ada dengan format 3 + 7, sudah tidak mampu menampung permintaan industri pada masa hadapan.

Ia juga hasil daripada peningkatan bilangan pembekal perkhidmatan rangkaian selular dan potensi kepelbagaian perkhidmatan ekoran daripada perkembangan teknologi komunikasi.

Wah….. kiranya untuk yang mendaftar no telefon bimbit bermula 15 Disember akan menerima 11 digit nombor la yek..

Yang lama tak terlibat la kan?? perghhhhhhhh……………….. dulu 6 kemudian 7 sekarang 8??

Makin lama, makin naik… dan makin pening nak ingat nombor……

Nota kaki : Nanti kalu aku dah tua, ingat ker aku nombor telefon yang pepanjang ni wei?? huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 comments

  1. Affan says:

    Dulu macam pernah terfikir gak, lama2 mesti tak dapat tampung jumlah pengguna. lama2 semakin susah nak ingat. kena buru no lawa lah cmtu kan

Leave a Reply to Affan Cancel reply