Psst…..pstt………. nak bagi tahu…
Kotex telah melancarkan TUALA WANITA yang baru dan hangat di pasaran.
Kotex telah menerajui pasaran produk penjagaan wanita di Malaysia sejak 58 tahun dan sememangnya memahami keperluan dan citarasa wanita Malaysia di mana tuala wanita bukan sahaja untuk perlindungan tetapi juga salah satu cara menampilkan identiti tersendiri.
Tuala wanita KOTEX® LUXE* Ultrathin Design baru boleh didapati dalam 6 rangkaian corak menarik, dari corak ‘gadis ayu’ ke ‘gaya moden’.
Rekaciptanya dipengaruhi oleh trend fesyen masakini yang aku yakin pasti akan menepati citarasa korang!
Tuala wanita KOTEX® Ultrathin sememangnya sudah sinonim dengan prestasi unggul teknologi Micro<Max® 2 – lapisan dalaman nipis dengan penyerapan terbaik yang memberikan perlindungan maksima – dan lapisan luaran kain kapasnya yang lembut. Ia sungguh menarik lagi berkesan.
Tuala wanita KOTEX® LUXE* Ultrathin Design juga didapati dalam beg poli bertali guna-semula unik yang diisikan dengan bungkusan berasingan dengan tema corak yang sama.
Tidak perlu lagi rasa segan untuk membawa tuala wanita ke bilik air!
Tuala wanita KOTEX® LUXE* Ultrathin Design baru akan mula diedarkan pada 1 November di semua cawangan Guardian, Giant, Tesco, Jusco dan Watson dengan harga
- RM4.90 untuk pek 6 (3 corak)
- RM 15.90 untuk pek 20 dan 14 masing-masing bagi KOTEX® LUXE* Fusion Day (23cm) dan KOTEX® LUXE* Fusion Night (32cm)
Untuk maklumat lanjut tentang produk baru Kotex, sila layari laman web www.kotex.com.my.
Hmmm, betul ke, tuala wanita membosankan?
Nota kaki : Belum cuba belum tahu, dah cuba ingin selalu…….hehehe

adventorial ke neh kak?
@jard,
tak la Jard..heheheh
@sumijelly, tipuuuuuuuu!! =p
@jard,
sesungguhnya..tidak baik menipu…….
betuuuuuuullllllllll……..huhuhu
siapa la kak sumi nak bg advertorial…huhuhu
hehehe kan main lagi corak2 dia..
me dh lama tak pakai Kotex, prefer brand Sofy dan sekarang mcm suka pulak dgn Libreese
@lydzar,
tu la… padahal pakai kat dalam..hehehe
siap corak bunga2 lagi…
aku pun dh suka dengan libreese… hehehe
@maslinamansor,
hehehe…jenama baru tu kan??
tapi memang cantik la corak2 dia…
@maslinamansor,
tu la..corak ygn lawa… macam tak sanggup nak pakai..hahaha
cantik la…hehehe…
@lynn hamzah,
memang lawa lynn…
try la beli… mana tahu berkenan…
siap ada tin dan beg lagi..hehehe
makkk aii cun giler ni…tak gamak nak pakai…hihihi
@Kanciblbiru,
buat hiasan jer..hahaha
Selalu orang suka tunjuk-tunjuk thong / tali bra. Tapi kalau mcm ni punya cantik, lepas ni orang tunjuk-tunjuk kotex plak..
arghhhh.. tak sanggup aku tgk.. hehe :p
>>My Latest Entry<<
Siapa Yang Ajar Dia Bahasa Melayu Ni?
Header Untuk Blog : Flash VS GIF (Sila Bagi Komen atau Cadangan)
Controversy Goal From Nani Yesterday
@phreak-id,
hahaha……ko kene tahu..
sbb pas nie sure bini ko suh belikan……hahahaha
Err xpe ke saya nak komen di sini?
@ProfHariz,
eh…boleh aja…
komen jerla… sapa larang..hehehe