KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur di sini malam tadi untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
Beliau berkata dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi bahawa endoskopi telah dilakukan ke atas Najib dan ia menunjukkan ulser dan gastritis ringan.
“Beliau telah mula diberi rawatan dan keadaannya beransur baik,” kata Dr Mohd Ismail, dan menambah perdana menteri dijangka berada di hospital beberapa hari lagi. – Bernama
Ingat tak aku pernah wat entry pasal PM tak sihat tempoh hari kerana cacar dan di sahkan chiken pox. Kali nie, PM mengalami rasa tidak selesa dalm perut pulak…
Harap-harap beliau akan cepat sembuh darr segala penyakit. Kerana rakyat Malaysia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk PM Malaysia.
Semoga cepat sembuh Datuk Seri Najib Tun Razak………..
Semoga dapat kembali bekerja dalam keadaan yang sihat…..
Nota kaki : PM pun manusia biasa yang tidak terlepas dari pelbagai penyakit kan??
Amin Ya Allah.. Semoga PM kita sihat seperti sediakalan dan dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai Pemimpin negara
@ProfHariz,
tu la..harap cepat sembuh la kehendaknya…
kesian dia…semoga cepat sembuh…mesti dia risau dengan keadaan negara lebih dari keadaan dirinya…
@intankuterpilih,
tula..harap2 PM cepat sembuh.,…kerana rakyat amat bimbangkan kesihatannya………
owh, sudah jatuh ditimpa tangga. Harap2 cepat sembuh dan dapat menyambung tugas semula
@Affan,
tu la..harap cepat la sembuh,…..
owh kasihan beliau…get well soon…
@blink-blink,
yup…..harap pas nie tak der la lagi sakit yek…