Wah..sedar tak sedar..minggu depan kita sebagai umat Islam akan menyambut lagi Raya.. Hari Raya Haji yang akan di raikan pada 10 Zulhijjah.
Selalunya kalu Di Kelantan, sambutannya amat meriah berbanding di Kuala Lumpur…
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. – Definiasi Hari Raya Haji
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 Nov ini, bersamaan 29 Zulkaedah.
Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab. – Bernama
Jadi pada yang ingin melihat anak bulan pada 6 November ini, jangna lupa bawa teropong yek… Pakat tengok suasana malam yang indah…
Harap tak hujan la malam tu….
Nota kaki : Jangan intai anak orang sudah…hehehe
hehehe, harap2 bulan tak gerhana
@eelobor,
yup…jgn la gerhana..hehehe
Walaupun raya di Kelantan meriah, daku tetap mau pulang beraya di celah ketiak ibuku jua 😛
@sitisifir10,
erkk…habis tu raya kat mana tu??
di manakah umah ibu,mu itu?? hehehe
hekkkk bawak teropong ea? ingt nk teropong ape, hehehek 😛
Terkini : Mati disengat tebuan
@suffer8zine,
teropong anak bulan la..
bukana anak dara org yek..hahaha
@sumijelly,
bukan ade special teropong ke? heheh
Terkini : Mati disengat tebuan
penah sekali tak raya ngan family…. tumpang beraya umah member kat klantan. memang best!!!!!! meriah giler…….
@cikpia,
tu la.. kakak sumi kalu raya haji, balik kelantan..
dia kat amerih dr kat KL..hehehe
anak bulan muncul ke tak muncul ke, saya tetap beraya jauh dari family…adehhhh
@Fitrihadi,
la…ye ker?? cian nya dia..lagi pun cuti sehari jer…huhuh
sempat ke blk kg??
@sumijelly,
sempat tu sempat sebab saya exam sekarang ni…gap pun panjang…tapi sebab fobia naik bus, baik balik bila cuti dah bermula..
@Fitrihadi,
ooo….. tak per…kalu raya puasa tak balik terasa gak..ni haji.. tak per kan??
@sumijelly,
heh ok je..raya haji je ni..