Jom tengok anak bulan 6 November ni!

Wah..sedar tak sedar..minggu depan kita sebagai umat Islam akan menyambut lagi Raya.. Hari Raya Haji yang akan di raikan pada 10 Zulhijjah.

Selalunya kalu Di Kelantan, sambutannya amat meriah berbanding di Kuala Lumpur…

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. – Definiasi Hari Raya Haji

anak bulan

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 Nov ini, bersamaan 29 Zulkaedah.

Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab. – Bernama

Jadi pada yang ingin melihat anak bulan pada 6 November ini, jangna lupa bawa teropong yek… Pakat tengok suasana malam yang indah…

Harap tak hujan la malam tu….

Nota kaki : Jangan intai anak orang sudah…hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments

Leave a Reply to eelobor Cancel reply