TV Al-Hijrah – TV siaran terbaru

tv  alhijrah

Siapa pernah dengar pasal TV Al-Hijrah??

TV Alhijrah menemui penonton buat julung kalinya di kaca televisyen melalui siaran ujian. TV Alhijrah telah berjaya dipancarkan menerusi lima pemancar iaitu di Lembah Klang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir B. Haji Baharom (B) hadir di konti Pusat Penyiaran TV Alhijrah untuk melancarkan siaran ujian hari pertama TV Alhijrah sebagai sebuah TV siaran percuma terbaru negara ini.

Aku pernah dengar, tapi masih belum menonton nya…. sebab kat rumah aku tak ada ariel la…

Siaran TV Alhijrah ini boleh ditonton seperti berikut :

  • Hari Isnin hingga Khamis bermula jam 3.00 petang hingga 12 tengah malam
  • Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

TV Alhijrah menjanjikan variasi genre  program yang tidak hanya tertumpu kepada program berbentuk dakwah secara langsung semata-mata. Penelitian pilihan program dititiberatkan demi memastikan setiap program memiliki unsur-unsur hiburan, penghijrahan dan nilai murni berlandaskan Islam.

Wah..sapa dah tengok siaran TV Al-Hijrah ni??

Kalu sesiapa yang nak mencari channel TV nie…korang leh refer jadual di bawah.

Liputan Saluran
UHF
Frekuensi (MHz)
Lembah Klang CH 55 743.25
Terengganu CH 41 631.25
Johor CH 40 623.25
Sarawak CH 37 599.25
Sabah CH 37 599.25

Meh la kongsi pengalaman sikit, sebab kat umah aku tak dapat cari siaran ni, mana pakai ariel TV biasa…. umah aku ada ASTRO jer…huhuhuh

Nota kaki : Kene g beli ariel baru la nampaknya…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

34 comments

  1. TFK says:

    Den duk selatan pahang. Masa mula-mula disiarkan dapat siaran jelas. Lama kelamaan siaran makin tak elok. Sekarang langsung tak dapat. Rumah den takde Astro.

Leave a Reply to mia Cancel reply