Hikayat Hamzah Sudah Berakhir

Sudah berakhir nampaknya penulisan hamzah di blog sumijelly.com.. Perkhidmatan mengupdate blog yang dipaksa dan perkhidmatan tidak mengupdate blog juga dipaksa.. aik? dua-dua kena paksa?? har har har.. korang tak tengok lagi muka raksasa sumijelly.. kalau dalam gambar mahunya beliau senyum manis macam anak dara.. tapi hakikat senyuman menggoda beliau hanya hamzah yang tahu.. har har har..

okesss, jadi ni entry terakhir la Kak Sumi eh? awalnya balik.. grr.. balik la lambat sikit.. idea mencurah-curah ni nak tulis.. adoi..

Kali ni mari kita bercerita tentang rahsia Sumi ketika anak dara.. wa~~ ramai yang kenal Sumi ketika jadi isteri kepada IR kan? Jangan risau, beautifulhamzah kan ada..

Menurut sumber yang dirahsiakan nama, Kak Sumi bercinta dengan Mr J ketika beliau anak dara.. waaa~~ panas tak cerita ni? hari tu aku ada cakap sumi tulis draft untuk Mr J kan??? tapi draft tersebut tak pernah dipublish. Mungkin blog ini diari dunia maya Kak Sumi jadi macam-macam benda menarik ada kat dalam.. hehe..

Kiranya percintaan mereka ibarat langit dan bumi, bayak betul halangan ketika bercinta. Macam cerita Romeo and Jeliet versi melayu lah.. Kalau versi mat saleh nanti korang cakap lucah pula. har har har..

Tapi semua tu dah berlalu.. Kak Sumi pun anak dah tiga.. Tahun depan tambah seorang lagi beliau cakap.. Jadi tutup buku lama dan buku yang tak seberapa nak baru ni rajin-rajin la baca ye.. Mati la aku kena lempang dengan Kak Sumi pasni..  Kalau nak lebih kepastian jom kita tanya Sumijelly nanti.. Sumi jelly dah macam artis dah.. Pergi Giant ada orang panggil, pergi Carrefour ada orang ajak berbual, tapi Kak Sumi buat donno je.. Eleh, panggil pun sebab nak promote barang..  har har har

Sekian sahaja entry bersama Hamzah.. Kalau boring sila marah Kak Sumi sebab beliau yang paksa update.. Aku main tibai je lah asalkan update kan.. Harap maaf kalau ada salah silap dan terima kasih sebab baca okeh.. Jom la ke terbangtinggitinggi.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 comments

  1. kuku kaki says:

    tu la kau hamzah..org suh tulis elok2 ko buat merapik mcm blog ko..mestila perkhidmatan ko diberhentikan…hahaha…padan muke ko!

  2. cikpia says:

    sekian dulu penjajahan lucah si hammie kat blog nie………… naseb bek tak sempat diharamkan lagi blog kak sumi nie diharubirukan si hammie……..

Leave a Reply