Pada 7 November yang lepas, Proton telah menyertai siri Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) di China bagi menamatkan saingan di posisi buat pengeluar kereta nasional itu musim ini.
Nyata dengan menyertainya, Proton menduduki di tempat kedua bagi kategori pengeluar, sementara kemenangan McRae, membolehkan dia naik satu tangga, dari tangga keempat ke tempat ketiga dalam kategori pemandu pada tahun pertama penyertaan Proton dalam APRC
Wah…pencapaian yang amat membanggakan bagi aku sebagai Rakyat Malaysia. Nyata dengan kemenangan ini dan ia membuktikan daya saing Satria Neo S2000 dan PROTON sebagai pengeluar kereta dalam arena rali antarabangsa.
”Berdasarkan populariti Satria NeoS2000, Jepun telah menjemput Proton untuk menyertai perlumbaan Piala Asia APRC pada tahun hadapan, ” kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir
Tahniah sekali lagi aku ucapkan…. kerana mampu kembali dengan lebih berkeyakinan menjadi jenama kenderaan pilihan utama rakyat tempatan serta berkembang luas ke pasaran antarabangsa.
Apa kata korang ke Facebook Proton Satria Neo S2000 untuk mengetahui segala maklumat mengenai Proton Satria Neo S2000 ini.
Apa pendapat korang sebagai rakyat Malaysia, takkan tak berbangga kot dengan pencapaian yang membanggakan nie?? hehehehe
Nota kaki : Bangga menjadi rakyat Malaysia yang memiliki salah satu kenderaan dari pengeluar proton juga!! hehehe

ish….bangga. saya pun pakai proton gak
@eelobor,
betul..betul… kita kene bangga dgn barangan Malaysia…
tapi orang kita masih lagi mengutuk Proton…huhu
@Sky0ne,
apa la org tu kan?? patut bangga la..
tahniah2….teruskan kecemerlangan ….
@eyriqazz,
yeah… tahun depan beraksi lagi…….
haha hebat2. pencapaian yng boleh dibnggakn. nanti bleh niakkan nama proton n negara. yeah!
@Kyuubi,
memang betul..harap2 tiap2 tahun macam tu la…