Mohd Zaid bertanya soalan ni melalui twitternya
Minta maaf nak bertanya. Adakah batal air sembahyang kalau suami isteri itu bersentuhan?
Lalu ramailah yang menjawab untuk membantu Mohd Zaid untuk soalan yang di ajukan.
(maaf andai ada yang tak setuju aku print screen, sila maklumkan. aku akan remove balik)
Jadi apakah jawapan yang tepat wahai kawan-kawan supaya jawapan yang di beri tidak mengelirukan orang lain.
Kerana, terdapat 2 jawapan yang berlainan.
- BATAL
- TIDAK BATAL
Ok… aku dah kahwin hampir 7 tahun. Jadi setiap sentuhan antara aku dan suami aku tetap batal apabila sudah mengambil air sembahyang. Tak kira menyentuh tangan, kaki atau pun badan kecuali berlapik.
Aku petik soalan dari carian Google.
Soalan : suami isteri bersentuhan batal atau tidak
Sebenarnya sudah lama saya ingin bertanya dengan ustaz tentang wuduk. Perkara sebenar air wuduk apabila suami isteri bersentuhan secara sengaja atau pun Tidak sengaja akan batal wuduknya. Apa yg saya ketahui bersentuhan antara suami Isteri itu membatalkan air wuduk. Tetapi ada pendapat yg mengatakan ianya tidak batal. Saya harap ustaz dapat jelaskan perkara yang sebenar,samada batal atau tidak mengikut mazhab tertentu dan jika tidak batal bagaimanakah cara untuk mengambil air wuduk tersebut. Dan apa yg saya tahu org yg mengerjakan haji ada juga yg menggunakan tidak batal setelah bertukar mahzab. Dengan penjelasan dari pihak ustaz ia amat berguna untuk generasi sekarang dan akan datang kerana ada sesetengah pihak yg mengamalkan bersentuhan suami isteri tidak membatalkan air wuduk.
Jawapan :
Ulamak berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit perempaun ajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhuk?Menurut mazhab Syafi’i, hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat). Ini termasuk dengan isteri sendiri
Jadi sukalah aku berkongsi kan artikel yang menyeluruh mengenai Pendapat Mazhab dan juga hukum-hukum nya.
Semoga dengan penjelasan yang diberi, harap ada yang tidak keliru dengan jawapan yang diberi. Andai masih mahukan kepastian, bertanyala kepada yang pakar dalam hukum agama. Kerana mencari sesuatu kebenaran itu adalah perkara yang baik.
Walaupun ramai yang menjawab berlainan, tidak mengapa..mungkin ada sesetengah mereka belum berkahwin, jadikan ia sebagai ilmu tambahan yang mudah diperolehi di mana2 jua walaupun melalui twitter.
Nota kaki : Andai ada yang ingin utarakan pendapat, sila tinggalkan komen di bawah. Terima kasih.

batal..hu3
@ChuyRy, yup…memang batal…
batal la.. mak gua cakap batal..
@hamzah,
yerla… tapi lu ngan mak lu tak batal tau…..hahahaha
ikut yang saya belajar..kalau bersentuhan antara suami isteri tanpa berlapik wuduk adalah batal..aurat aje yang takde antara suami isteri..dan lagi satu hal terbatal ni rasanya berkaitan dengan nafsu juga..maksudnya kalau suami isteri mestilah ada nafsu antara satu sama lain kan..sebab itulah terbatal..tapi kalau kita ambil contoh wuduk kita dengan orang mati yang bukan mahram dengan kita..macam kita cium dahi dia ke..wuduk kita batal..sedangkan dia tak batal..sebabnya kita bernyawa dan ada nafsu..orang mati pula sudah tidak ada..itulah yang saya faham..sekadar berkongsi..harap membantu..
@Balqees Amanda, Terima kasih atas huraian yg itu…
yup… ada juga yg berkata demikian…
terima kasih atas perkongsian ilmu itu juga…..
sama2 la kita memahami…..
wahhh..nice post..mmg ramai yg keliru suami isteri batal air sembahyang ke tak..ada yg cakap tak batal tu amat menakutkan..dah jelas2 ikut mazhab syafie batal secara mutlak..kan org melayu jugak ada konon2 “upacara batal air sembahyang” lepas kahwin..mksdnya laki bini sentuh kulit terang2 batal air sembahyang..cuma tak berdosa je..
utk lebih lanjut psl hukum sentuh kulit sesama manusia, sesama saudara. dengarkan ceramah Ustaz Kazim Elias tajuk Keluarga 69..semuanya lengkat kat situ..bestt..!!
p/s: ilmu agama perlu dicari. tak bleh hanya biarkan ianya dtg dgn sendiri..
Jejaka Terhangat: “Saya Tak Support Artis Hiburan, Anda Bila Lagi??”
@Jejaka Terhangat,
Terim akasih JT… (wah hangat ker?? hehehe)
Memang ilmu agama harus di cariu walaupun ia soalan yg amat mudah…
info yg sgt menarik..
mmg ramai yg xtau psal bende ni.
ramai yg anggap bile dh kawin, dh jd muhrim, so xbatal..
nway, thanks kongsi info yg ckup bermanfaat ni..
@sha-hir@meng,
sama-sama sha…
tu yg buat entry mcm nie..sbb ramai yang keliru…
kalu macam tu apa kah motif adakan ‘batal air sembahyang’ semasa nikah?? hehehe
@sumijelly, aah kn..majlis batalkan air sembahyang..hehehe..padahal salam je pun..hahaha
setahu saya tak batal
tapi..entahlah saya budak baru belajar
=)
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/
@amar haziq,
ok..sebelum tu nak tnya.. dah kahwin ker belum??
selalu yg belum kahwin pasti akan jawab mcm tu… tapi kalu dah kahwin mesti akan ckp BATAL..
sebagai lelaki, harus tahu pasal hukum2 agama, kerana lelaki la yang akan membimbing isterinya,…
…………………
huish bahaya nih kalau ada yg berkeras kata tak batal. kang dah tersentuh then smyg tanpa wuduk.. tak sah smyg kang…
hukum wuduk ni senang je kalau nak tau yg mana batal atau tak. yang mana sentuhan lelaki perempuan yang “ada cara boleh halal setubuh”, batal la wuduk tu. tak kira la laki bini, laki dgn sepupu pompuan, atau laki dgn pompuan lain.
sebab tu kalau salam mak, salam makcik, atau adik beradik pompuan tak batal air smyg pasal camne cara sekalipun “tak boleh halal utk disetubuhi”.
ini ikut mazhab syafie la ye. kalau mazhab lain ada yg sentuhan beserta nafsu (mazhab hanafi rasanye, tak igt plak)
@[re-arrange], terima kasih Re-Arreange atas maklumat itu..
semoga ada yang sampai maksudnya yek…
@sumijelly, tak smpi jugak tatau la tu. dah abes terang dah kot. Takpe bila hal2 setubuh ni ramai cepat tangkap nnt miahaha
bagus informasi ni sumi.. memang sesungguhnya batal hehe
@fara,
ye…betul.. Batal..ramai yang tak tahu… tp rasanya yg tak tahu tu org yg lom kawen kot…hehehe. tp takkan la derang tak pernah perasan parents mereka…
@sumijelly, i blum kawen..tp i tau..hahaha..
Akhirnya ramai jugak dah dapat ilmu dari post nie…. pada saya apa yang penting dalam apa hal pun ( tak semestinya agama ) kalau kita tak tahu atau tak pasti…. tuntut la ilmu atau bertanya kepada orang yang lebih arif….. perbincangan ilmiah adalah baik untuk kita semua….
@hazman aka species1980,
yer..betul tu hazman…. terima kasih kerana sudi turut serta…
yer kak sumi, penah dgr ceramah pasal ni. ustaz tu cakap mesti la batal, kalau tak batal tak boleh kawin la dengan suami tu..(yer ustaz tu buat lawak) haha…
macam dalam komen kat atas tu, yang terbuka hijabnya adalah aurat sahaja…bersentuhan kulit tetap membatalkan wuduk…:)
@Kancilbiru,
yer Niza, tu yg mlm td duk bertweet benda ni ngan anak perak, redlinda dan rabiatul.. ada gak yang kurang tahu pasla benda nie..jadi kak sumi kongsi la sikit ilmu…hehehe
@sumijelly, waaa!! masuk jugak nm sy dlm list students..hahah..ingatkan xde dlm print screen kt atas, selamat la kan…isk3.. 😛
@ReD,
hahaha……walaupun tak der gmbr ko..tetap ada nama ko…..hahaha
Ust Zaharuddin ada jelaskn dlm bukunya, ttg solat apa tajuknya xigt sbb tetinggal kat kg. Keluaran telaga biru.
Mazhab Syafie mmbatalkn wuduk bila sentuh suami istri, kalo xnk batal bole amik wuduk ikut cara mazhab lain yg tak mmbatalkan sentuhan suami istri.
Btw Mazhab Syafie agak strict bbanding mazhab lain krn imam Syafie seorang yg perfectionist & amat hati2.
@Mommy Lyna,
benar kak… bab mazhab ni kita ken berhati2.. kalu boleh kut yg satu sudah la supaya tidak mebebankan..
tapi yang nyata kebanyakkan ikut mazhab syafie kan?? maka tetap batal bila bersentuhan.
@sumijelly, kt malaysia ni rse nye pakai mazhab syafie..sbb 2 byk undang2 islam ikut mazhab syafie..klu kt negara laen 2, ikut ske la..
@sha-hir@meng, kat Malaysia kita pakai mazhab Syafie. sebelum nak buat benda2 lain tu sila refer pada ustaz berkenaan ya, jgn main ikut kepala sendiri 🙂
Tambahan, Imam Syafie menetapkan begitu kerana beliau ikut al-Quran yang menyebut batal wuduk lelaki-perempuan tanpa klasifikasi suami istri atau bukan. i.e. surah an-Nisa’ ayat 43 (cek sendiri malas nak taip2/copy2, muahaha).
manakala mazhab hanafi misalnya mengambil dari beberapa kejadian Rasulullah SAW & istrinya:
1) Rasulullah mengucup Aisyah sblm keluar ke masjid & Baginda tidak mengambil wuduk semula
2) semasa sujud dalam solat Baginda tersentuh kaki Aisyah & meneruskan solatnya.
rasanya tak payah debat pasal mazhab, nanti jadi benda lain pula. hehe. ikut amalan majoriti saja = mazhab Syafie.
@Mommy Lyna,
yup betul tu mommy lyna..harap2 lepas nie ada lah faham dengan penjelasan yg diberikan…
tetap batal, sbb bukannya saudara kandung, lain la kalau mengerjakan haji ke, ade kelonggaran penggunaan mazhab lain disebabkan situasi yg mcm tu, ni kalau kat uma main sentuh2 tanpa berlapik mmg batal la
Panas!!! : ENTER
@suffer8zine,
yer..apa-apa pun..nak sentuh leh..tp berlapik…
kita ikut mazhab kitalah kan…
janganlah menyusahkan benda yang senang nak faham ni..kan sumi
june ikut mazhab yang laki dia ikut…
so dia sentuh laki bini ada wuduk. tak batal. even dia duduk Malaysia.
sebab suami dia orang Yemen. so ikut la mazhab suami dia. …
@Cik Norfa,
oo.. ye ker?? emmm….. yg tu tak tahu la pulak…hehehe
Laaaa….
Bukanker mase nikah selalu pengantin buat sesi “Batal Air Semayang”?
Yang duk sarung2kan cincinla,rantai tu..
Batalla,…adoi.
@appledia,
hik3… tp still gak ada yang tak tahu..
adoi..kalu dah kawen tp duk bersentuhan gak klau dh ambik air sembahyang..
apa la gunanya…huhuhu
@sumijelly,
Tu ar..
Isk,benda2 kecik cenggini patot dah tau,harus da lekat dalam kepale,tui dak?
nice info. ramai yang masih keliru dengan perkara ni. secara logik orang berfikir tak batal sebab dah sah suami isteri tapi hakikatnya hukum membatalkan wuduk apabila suami isteri bersentuhan.
@Amirez,
yup betul…
tak per.. ilmu agama ni bebila leh tuntut….hehehe
mari kita sebar2kan..
memang sah batal daripada saya belajar dulu2 hingga sekrang dan tak pernah jumpa lagi yang mengatakan tidak batal. bahaya komen2 sebgini kerana ia melibatkan hukum hakam. adalah lebih baik jika tidak mengetahui atau was2, cuma sekdar komen…lebih baik bertanya pada yang pakar. jangan sesekali menjatuhkan yang haram itu halal dan yang halal itu haram. dalam keadaan2 kes2 tertentu sahaja dan perbezaan mazhab yang mengatakan persentuhan lelaki & perempuan yang bukan muhrim tidak membatalkan air sembahyang seperti semasa mengerjakan tawaf
@eelobor,
tu la masalahnya……ramai main jawab dgn konfiden…
emm… tu yg tolong perjelaskan supaya merka faham dengna hukum agama ni..hehe
kompom batal la.. ni benda basic pon taktau ke.. huhuuhu
@encik luth,
yup..betul sgt basic….tgk parents kita jer sebagai rujukan… takkan tak pernah dgr parent cakap “jgn dekat2 kang batal” huhuhuhu
Terpulang kepada individu.. Menurut imam Syafi’I batal hukumnya. Manakala menurut imam Hanafi, Hanbali dan Maliki, tidak batal. Pada pendapat peribadi saya.. saya lebih berat pada pendapat imam yang 3.
Sekadar rujukan http://groups.yahoo.com/group/zaharuddin/message/2424
@Daruzi,
terima kasih atas komen saudara……
islam itu mudah,yang penting ahli sunnah waljamaah.jangan guna dalil alquran semata kerana dah menyerupai pengikut syiah yang menidakkan sunnah dan kerasulan nabi muhammad…senang cite,kita ikut mana2 mazhab yang mudah.For ur info,upacara batal air sembahyang tu ADAT.jangan campurkan ADAT dengan AGAMA..Adat melayu masih lagi terpengaruh dengan hindu.Kalau saya,senang je,TAK BATAL….yang kata tak pernah dengar TAK BATAL wuduk,sila dalami agama betul2,sebab orang kita kebanyakannya agama pada IC sahaja,ilmu pun takat belajar pendidikan islam kat sekolah,pastu sibuk nak berkahwin sedangkan ilmu agama yang basic pun terkontang-kanting,macam tu ke nak didik isteri?kita jangan terlalu ikut sangat parent kita,kadang-kadang parent kita pun tak semestinya agamanya betul. Sapa kata mazhab ni ikut negara?mazhab bebas diamalkan sesiapa sahaja,tak perlu ikut majoriti…Tu yang bile buat haji,sesapa yang taksub kat mazhab syafiee menyumpah2 sebab bile terkentut je kena ambil balik wuduk.senang cite kita ambil pendapat yang mudah dari 4mazhab..Mana tau nti ada saudara baru yang ingin memeluk islam,kita pula beritahu batal wuduk bila sentuh isteri, mesti dia akan cakap “waaa,manyak susah woo islam,wa sentuh isteli wa,kena amik itu air solat manyak kali,bil air naik maa”…sebab tu la melayu sekarang kurang beragama,semuanya gara-gara golongan di atas yang menyusahkan islam,sekaligus mengakibatkan mereka merasakan Islam membebankan.
@naq,
Salam,
Sape yg cakap batal tu tolong baca komen bro naq ni ye….yg kata basic tak tau ka, yg kata sesat ka,nak cakap tanya bertanya o mencari ka, tolong baca post bro naq ni yek..
Lagi satu, sila sebut mahram bukannya muhrim. Muhrim tu maksudnya orang yang sedang mengerjakan ihram. Senangnya kita dapat ilmu pada zaman ni kan.maklumat di hujung jari
Pembetulan…yang sedang berihram bukannya mengerjakan ihram..bila hari tak synchronize ngan fikiran
Assalamualaikum…Baik ikut ape yg dilakukan oleh Rasulullah…beliau tidak ada masaalah menyentuh isterinya ketika dalam berwuduk….
so sebenarnya tak batal lah wuduk suami isteri itu bila bersentuhan…baru dapat pelajaran ni dari bapa mertua….die sendiri mengkaji kisah kisah kehidupan Rasulullah seharian…mazhab itu adanya selepas 200 kemangkatan beliau…fikir..renung kn..
wuduk antara suami dan isteri tak batal, aku setuju ngan kata² bro aponeh nie.. sebab bagi aku lebih baik kite ikot Al-Quran Dan Al-Sunnah, imam Syafie pown pernah cakap jika ada antara kata² die yg bertentangan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah secara automatic akan terbatal.. so Renung²kan dan selamat beramal.
kak, nak share info n komen ni.
nanti sy kredit k.
thanx.
@marina,
ok
Dalil Mazhab Yang Mengatakan Tidak Batal Wudhuk:
Maksudnya: Daripada Aisyah r.a katanya: Aku mendapati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tiada pada suatu malam, lantas aku meraba-raba mencarinya dengan tanganku. Lalu tanganku tersentuh dua kakinya yang tegak ketika baginda sujud sambil berkata “Wahai Tuhanku, aku mohon perlindungan dengan kemaafanmu daripada balasanmu, aku mohon dengan redhamu daripada kemurkaanmu, aku mohon denganmu daripadamu. Aku tidak mampu menghitung pujian ke atasmu sebagaimana Engkau sendiri memuji dirimu”.[1]
* Kedudukan Hadis
Hadis ini adalah sahih, diriwayatkan oleh Imam Muslim (dengan sedikit perbezaan lafaz). Lafaz di atas adalah riwayat Imam Al-Baihaqi. Kata Imam Al-Nawawi “Sanadnya sahih”.[2]
* Penjelasan Dalil
Aisyah r.a telah tersentuh kaki Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan tangannya, sedangkan baginda tetap meneruskan solatnya. Ini menunjukkan sentuhan itu tidak membatalkan wudhu’. Jika ia membatalkan wudhu’ sudah pasti baginda akan berhenti.
* Perbincangan
Hadis ini ditakwil oleh ulama mazhab syafie dengan mengatakan kemungkinan Aisyah menyentuh kaki Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam keadaan berlapik.[3]
Namun takwilan ini dianggap oleh sebahagian ulama sebagai takwilan yang jauh, kerana Aisyah menyentuh tapak kaki Nabi yang sedang sembahyang. Kebiasaannya anggota tersebut terdedah.
Berkata pengarang kitab Al-Lubab “Di dalam satu riwayat yang sahih menyebut bahawa tangannya tersentuh tapak kaki Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sedangkan baginda sujud’…Kebiasaannya bahagian ini tidak tertutup terutamanya ketika sujud”.[4]
Di dalam Syarah Sunan Al-Nasai, Syeikh Muhammad Al-Mukhtar Al-Syanqiti menyebut “Riwayat ini agak jauh untuk ditakwil (dengan berlapik), kerana kebiasaannya kedua-dua kaki terdedah ketika sembahyang sewaktu sujud. Lebih-lebih lagi, pakaian mereka pada waktu itu ialah kain, yang tidak menutup kaki”.[5]
Sebahagian ulama mazhab Maliki pula mentakwilkan dengan mengatakan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tidak menyedari kakinya disentuh oleh Aisyah kerana terlalu asyik dengan ibadah. Maka di sisi mereka, jika sentuhan berlaku tanpa disedari atau tanpa qasad maka ia tidak membatalkan wudhu’.[6]
DALIL KEDUA
Maksudnya: Daripada Aisyah r.a. katanya “Bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mencium sebahagian isteri-isterinya kemudian baginda keluar untuk solat dan tidak mengambil wudhu’”[7]
• Kedudukan Hadis
Hadis ini adalah antara hadis yang paling masyhur di dalam permasalahan ini. Kata Imam Al-Baihaqi: “Ini adalah hadis yang paling masyhur diriwayatkan di dalam bab ini”[8]
Ia diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain. Ia antara hadis yang diperselisihkan kedudukannya adakah sahih atau dhaif.
Antara yang mendhaifkan hadis ini ialah Imam Tirmizi[9], Imam Baihaqi[10], Imam Nawawi[11], dan Al-Hafiz Ibnu Hajar[12].
Hujahnya ialah hadis ini adalah riwayat Habib bin Abi Thabit, daripada Urwah, daripada Aisyah r.a. Mereka mengatakan Urwah di sini ialah Urwah bin Al-Zubair berdasarkan ada riwayat yang menyebut nama penuhnya (Urwah bin Al-Zubair) seperti riwayat Ibnu Majah. sedangkan Habib bin Abi Thabit tidak mendengar hadis melainkan daripada Urwah Al-Muzani. Dan Urwah Al-Muzani pula adalah majhul.
Antara ulama yang mengatakan hadis ini sahih pula ialah Imam Thabari[13] dan beberapa muhaqqiqin di kalangan ulama mutaakhir.
Syeikh Ahmad Syakir di dalam komentarnya terhadap Sunan Tirmizi telah mengemukakan satu perbahasan yang cukup menarik tentang hadis ini. Kesimpulannya hadis ini adalah sahih dan tiada kecacatan padanya. Apa yang disebut oleh beberapa ulama tentang kecacatannya, sebenarnya tidak menjejaskan kesahihan hadis ini.[14]
Syeikh Nasiruddin Al-Albani juga menghukumkan hadis ini sebagai sahih.[15]
Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin berkata: “Ini adalah hadis yang sahih. Terdapat baginya beberapa syahid (yang menguatkan hadis ini).[16]
* Penjelasan Dalil
Perbuatan cium kebiasannya berlaku dengan sentuhan tanpa berlapik. Ini menunjukkan sentuhan walaupun disertai dengan syahwat tidak membatalkan wudhu’.
Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin berkata: “Perbuatan cium tanpa disertai syahwat adalah satu andaian yang sangat jauh”.[17]
* Perbincangan
Pendokong mazhab pertama menolak dalil ini dengan berhujah bahawa ia dhaif sebagaimana dinukilkan tadi. Jika diandaikan hadis ini sahih, mereka mentakwil pula dengan mengatakan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mencium isterinya dengan berlapik.[18]
DALIL KETIGA
Maksudnya: Daripada Aisyah r.a. katanya “Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sedang bersembahyang, dan aku berbaring di hadapannya seperti pembaringan jenazah. Hingga apabila baginda ingin sujud, baginda mencuitku dengan kakinya”[19]
* Kedudukan Hadis
Hadis ini adalah sahih, riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam Sunan Nasai, disebutkan dengan lafaz yang lebih jelas iaitu ???? maksudnya “baginda menyentuhku”. Riwayat ini juga sahih sebagaimana kata Imam A-Nawawi di dalam Majmuk dan Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Talkhis Al-Habir: “Sanadnya sahih”[20]
* Penjelasan Dalil
Perkataan ????? di dalam hadis bererti mencuitku. Ia memberi erti Rasulullah menyentuhnya. Kata Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari “ Diambil dalil daripada hadis ini bahawa menyentuh wanita tidak membatalkan wudhu’”[21]
Manakala lafaz ???? (menyentuhku) adalah lebih jelas di dalam pendalilan ini. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Talkhis: “Hadis ini dijadikan dalil bahawa perkataan ????? (menyentuh) di dalam ayat ( Surah Al-Nisa’ ayat 43) adalah bersetubuh, kerana baginda menyentuhnya (Aisyah) di dalam sembahyang dan tetap meneruskannya”.[22]
* Perbincangan
Hadis ini juga ditakwil oleh pendokong mazhab pertama dengan beberapa takwilan. Antaranya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyentuh Aisyah dengan berlapik. Kata Imam Nawawi “Inilah yang zahir bagi seseorang yang sedang tidur di atas hamparan.”[23] Ada juga yang mengatakan hukum ini adalah khusus bagi Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.[24]
DALIL KEEMPAT
Maksudnya: Daripada Aisyah r.a. bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mencium sebahagian para isterinya kemudian baginda tidak memperbaharui wudhu’.[25]
* Kedudukan Hadis
Di dalam hadis ini terdapat perawi yang diperkatakan tentangnya, iaitu Said bin Basyir.
Kata Ibnu Hajar Al-Haithami “Beliau (Said bin Basyir) dianggap thiqah (dipercayai) oleh Syu’bah dan lain-lain. Yahya bin Ma’in dan sekumpulan lagi medhaifkan beliau”.[26]
Di dalam Taqrib Al-Tahzib, Al-Hafiz Ibnu Hajar mengatakan beliau dhaif.[27]
* Penjelasan Dalil
Perbuatan cium kebiasannya berlaku dengan sentuhan tanpa berlapik. Ini menunjukkan sentuhan walaupun disertai dengan syahwat tidak membatalkan wudhu’.
Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin berkata: “Perbuatan cium tanpa disertai syahwat adalah satu andaian yang sangat jauh”.[28]
* Perbincangan
Selain hadis ini dipertikaikan kesahihannya, ia juga ditakwil dengan takwilan-takwilan yang sama sebagaimana dalil-dalil sebelumnya.
DALIL KELIMA
Maksudnya: Daripada Aisyah r.a. katanya, “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah berwudhu’ kemudian baginda mencium selepas berwudhu’ dan kemudian baginda bersembahyang tanpa mengambil wudhu’”[29]
sumber tadi adalah ihsan dr ABU_UMAIR….
berikut adalah dr sumber2 hadis:
[1] Sahih Muslim bersama Syarah Al-Nawawi (2/212)
[2] Majmuk, Imam Al-Nawawi (2/21)
[3] Majmuk, Imam Al-Nawawi (2/29), ‘Aridhah Al-Ahwazi, Ibnul Arabi (1/105)
[4] Al-Lubab (1/147)
[5] Syarah Sunan Al-Nasai, Al-Syanqiti (2/335)
[6] ‘Aridhah Al-Ahwazi, Ibnul Arabi (1/105)
[7] Sunan Abi Daud (1/234), Sunan Ibni Majah (1/405), Sunan Tirmizi (1/128)
[8] Makrifatul Sunan Wal Athar, Al-Baihaqi (1/376)
[9] Sunan Tirmizi (1/128) Katanya “Aku mendengar Imam Al-Bukhari mendhaifkan hadis ini”.
[10] Katanya “Hadis ini maalul (terdapat kecacatan)” lihat Makrifatul Sunan Wal Athar (1/376)
[11] Kata Nawawi di dalam Majmuk “Ini adalah hadis yang dhaif dengan sepakat para huffaz. Dan antara yang mendhaifkan hadis ini ialah Sufian Al-Thauri, Yahya bin Ma’in, Said Al-Qattan, Ahmad, Abu Daud dan Abu Bakar Al-Naisaburi” Lihat Majmuk (2/28), Khulasah Al-Ahkam, Imam Nawawi (1/137)
[12] Talkhis Al-Habir, Ibnu Hajar (1/199)
[13] Tafsir Thabari (7/73)
[14] (1/134-138)
[15] Sahih Sunan Abi Daud, Al-Albani (1/56)
[16] Al-Syarhul Mumti’, Al-Uthaimin (1/232)
[17] Al-Syarhul Mumti’, Al-Uthaimin (1/232)
[18] Majmuk, Imam Al-Nawawi (2/28)
[19] Sahih Bukhari (m/s:84)
[20] Majmuk, Imam Al-Nawawi (2/27), Talkhis Al-Habir, Ibnu Hajar (1/199)
[21] Fathul Bari, Ibnu Hajar (1/638)
[22] Talkhis Al-Habir, Ibnu Hajar (1/199)
[23] Majmuk, Imam Al-Nawawi (2/27)
[24] Fathul Bari, Ibnu Hajar (1/638)
[25] Sunan Al-Daraquthni (1/337), Majmak Al-Zawaid (1/247)
[26] Majmak Al-Zawaid (1/247)
[27] Taqrib Al-Tahzib, Ibnu Hajar (m/s:374)
[28] Al-Syarhul Mumti’, Al-Uthaimin (1/232)
[29] Sunan Al-Daraquthni (1/334)
nasihat hamba…. jgn bertaklik pd 1 mazhab semata-mata… sebaliknya kaji selidik semua mazhab, apa nasnya, apa dalilnya, yg mn paling sahih, kita ambil yg terdekat dgn Rasulullah SAW dn memudahkn kita…
jgn campur aduk adat dgn agama… adat itu kebanyakannya adalah bida’ah… bida’ah pula ada yg baik dn ada yg haram….
klau nk citer bab agama ni hamba bknnya guru apatah lg ulama’…
hamba pn sedang belajar jua…
Aslkm. Seperti ustaz asri (ex-mufti perlis) kata byk kali dlm ceramah/usrah/klas agama, agama islam adalah agama yg mudah. Tdak menysahkn pengikut2nya. Suami isteri bersentuhan tdk membatalkan wuduk. Terang2 rasulullah kita bersentuhan dgn isteri baginda dn solat tanpa berwuduk semula (mcm mama lyna kata). Knp kita tolak bukti ni? Nk ikut cra rasulullah ke cara mazhab? Nk tau lebih lanjut cari nama ustaz asri dlm youtube….snang citer. Anywy, kalau tk puas hati kita blh tny alim ulama lain.
tidak membatalkan wuduk bagi suami isteri jika bersentuhan. nas yang datang dari rasulullah sangat jelas dan nyata.
Ni antara ulasan mengapa batal dan tak batal..
kita kena berpandukan al-quran dan sunnah…. mazhab ni hanya memudahkan kita dari mengkaji lagi… tetapi even mazhab syafie ada menyatakan bahawa sekiranya terdapat yang tak elok dari ajarannya, buang sahaja.. pada zaman dahulu, ilmu tidak semudah zaman sekarang.. dimana ilmu dihujung jari.. jadi rasanya lebih afdal kita ikut al-quran dan sunnah nabi… sebab itu yang paling jelas…
boleh baca link ni untuk tatapan ilmu…
http://www.ehoza.com/v4/forum/archive/index.php/t-47665.html
yang baik dari Allah dan yang tak elok datang dari saya..
hm…. ada yang tak kena. pendapat saya…
kita tak boleh tiba2 je “BATAL”, “TAK BATAL”, hatta penulis blog sendiri sekadar berkongsi apa yang beliau percaya. Tahniah.
Sebagaimana sebuah buku agama yang pernah ku baca, sekadar menyampaikan fakta, dalil Quran dan Sunnah. terpulang pada umat untuk membuat keputusan.
Apa perasaan kita bila ada orang kata kita sekadar beriman ikut-ikutan. Orang buat, kita buat, tanpa sokongan dalil Quran dan Sunnah.
batal..try tgk org y bru akad nikah..knp dia pggl btalkan i sembahyang mase laki 2 nk sarung cincin kat ppuan..pdhl lpas 2 da jd suami isteri kan?
yup.. betul tu..hehehe
Assalamualaikum
Bagaimana dengan bapa dan anak perempuan yang dah akil baligh tersentuh kulit ketika masih ada air sembahyang/wudhu…