Review Filem : Aku Tak Bodoh

poster aku tak bodoh

Aku Tak Bodoh adalah filem Malaysia yang mengadaptasi filem Jack Neo. Bukan saja pelakon yang digunakan adalah pelakon dari Malaysia, malah krew penerbitan serta dana yang dilaburkan untuk filem ini juga datangnya daripada syarikat-syarikat di Malaysia.

“Tak dinafikan konsep dan jalan ceritanya sama tetapi kami tidak tiru bulat-bulat. Aku Tak Bodoh diubahsuai mengikut kesesuaian budaya, bahasa dan sensitiviti masyarakat Malaysia. Jadi, isu sebegini tidak sepatutnya timbul,” kata Wakil penerbit filem Aku Tak Bodoh iaitu Ahmad Puad Onah

Pelakon :

  • Adibah Noor
  • Amy Mastura
  • Jalaluddin Hasan
  • Namron
  • Riezman Kuzaimi
  • Rohaizat Hassan
  • Suhairri Sunari
  • Wan Noor Aizzat

ATB

Sudin seorang ramaja berusia 16 yang dibesarkan oleh bapanya yang telah di tinggalkan isteri sejak kecil sentiasa kekurangan kasih sayang dari ayahnya.

Cara ayahnya amat keras semasa membesarkan nya sehingga dia menjadi seorang anak yang kuat melawan kata orang tua. Hidup dalam serba kekurangan dan sentiasa di pandang buruk oleh guru sekolahnya.

ATB

Roy pula anak orang berada dan mempunyai seorang lagi adik lelakinya iaiut Jefri.

Kedua orang tuanya sentiasa sibuk dengan urusan pejabat sehingga mengabaikan mereka berdua. Roy gemar menghabiskan masanya dengan berblogging dan berjaya meraih kejayaan sebagai “best Blogging” dan di anugerahkan hadiah tetapi ibunya sentiasa menindas kehendaknya.

ATB

Roy dan Sudin berkawan baik dimana sentiasa toolong menolong andai ada kesusahn yang terjadi antara mereka.

ATB

Jerfi pula seorang kanak yang memerlukan perhatian dari kedua orang tuanya tetapi tidak di endahkan sehingga la ia telah melakukan perkara yang di luar jangkaan.

Jadi nak tahu kesudahan cerita nie…korang saksikan la di pawagam yang berhampiran yang akan di tayangkan bermula 2 Disember 2010.

Pendapat aku :

  • Jalan cerita yang tidak membosankan kerana dari awal hingga akhir tak kering gusi kerana asyik ‘ketawa’ (tak caya tanya Aidi Safuan)
  • Sesuai di tonton oleh remaja semua kerana memberikan mesej yang tersendiri. (kan cuti  sekolah nie, ajak la mak pak kkorang)
  • Ibu bapa pun patut tengok sekali supaya faham dengan situasi remaja sekarang (macam la tak pernah remaja kan)
  • Korang akan gelak dengan aksi-aksi yang kelakar gilerla…macam nak pecah panggung la.. (kalah la citer  2 Alam tu)

Kesimpulannya :

  • Sesuai di tonton bersama kelurga kerana filem yang tidak terlau berat untuk di tonton dan mesej yang hendak di sampaiakn kepada penonton tu tercapai.

Jadi kepada seisap nak menonton cerita nie nantikan kemunculannya. Dan jangan lupa layari :

Nota kaki : erkk…mcn nie ker review?? agak2 korang bernafsu tak nak g tengok??hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 comments

  1. ieda says:

    sinopsis macam best…tapi saya cukup tak suka org ciplak2 idea.walaupun rasanya isi cerita tak sama tapi kenapa guna tajuk tu…carilah tajuk yg baru.

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply