Rileks-rileks… benda ni memang dah dijangka pun!

utusan

Semalam, sumer pakat bising pasal kenaikan minyak RON97 naik harga menjadi RM2.30 seliter

Aku tak ada kereta (sebab kereta tu milik my IR) jadi aku pun tak pernah kisah……hahaha…… bila bab isi minyak ni, memang aku tak tahu baper RM minyak seliter….

Dulu sebelum kawen pernah la isi minyak RM10 leh la lepas tu naikan meter minyak…hahaha… pas tu bila makin naik, RM10 pun tak ada nilai..kahkahkah….

Ha.. aku rasa korang mungkin nak tukar ke alternatif lain. apa kata tukar ke NGV (Natural Gas Vehicle)

Satu tong gas NGV jika diisi penuh, kosnya hanyalah sekitar RM9-RM10 dan kenderaan kita boleh? bergerak sejauh 180km – 200km sebelum kehabisan gas. Bayangkan berapa banyak penjimatan yang boleh kita lakukan selama sebulan/setahun.

Ha…cuba bayangkan berapa banyak korang leh jimat kalu pakai NGV?? Harga gas NGV adalah 3 kali lebih rendah berbanding dengan harga minyak petrol.

Harga seliter petrol (RON95) ialah RM2.30 manakala harga gas NGV ialah sekitar RM0.68.

Contoh pengiraan (ini adalah anggaran sahaja) :

Untuk Naza Citra :
isian petrol RM 30 x 30 hari=RM 900
Isian gav ngv RM 8.70 x 30 hari= RM 261
Penjimatan sebanyak = RM 639.00

Untuk Honda City :
Isian petrol RM 55 x 10 hari= RM 550
Isian gas ngv RM 8.70 x 10 hari = RM 87
Penjimatan sebanyak = RM 463

Realitinya,menggunakan NGV jauh lebih selamat kerana gas itu lebih ringan daripada udara. Sebarang KEBOCORAN AKAN HANYA MENYEBABKAN GAS ITU TERSEBAR PANTAS TANPA SEMPAT DISAMBAR API.

” TANGKI SILINDER MENEMPATKAN GAS DICIPTA DENGAN PELBAGAI CIRI KESELAMATAN TERBAIK TERMASUK KALIS PELURU, HENTAKAN, API DAN LETUPAN.
JIKA BERLAKU KEMALANGAN SEHINGGA MERANAPKAN SELURUH KENDERAAN SEKALIPUN, TANGKI ITU AKAN TETAP BERKEADAAN SEPERTI ASAL” katanya.
(Petikan Berita Harian . 16 JUN 2008)

ngv

Anggaran pemasangan NGV (ini adalah anggaran, harga mungkin berubah mengikut kedai yang memasang dan pasaran)

JENIS KENDERAAN / HARGA TUNAI

  • Perodua Kancil (40L) / RM2,600.00
  • Perodua Kelisa (40L) / RM3,300.00
  • Proton Iswara (55L) / RM2,800.00
  • Proton Wira (55L) / RM3,700.00
  • Proton Waja (65L) / RM4,300.00
  • Proton Perdana (V6) (70L) / RM4,800.00
  • Van Kilang/Sekolah (78L) / RM3,800.00
  • Naza Ria (78L) / RM4,400.00
  • Toyota Unser (78L) / RM3,900.00

* Harga di atas termasuk kos pemeriksaan PUSPAKOM dan JPJ..

Tapi ada gak tak bestnya kalu pakai NGV ni, antaranya :

  • Kereta akan menjadi berat, terutama bila naik bukit dan melibatkan penumpang ramai.
  • Barang di bonet tak leh letak bebanyak. kerana tong gas sahaja dah makan separuh muatan.

Sekarang pun dah banyak Stesen Pertonas yang menyediakan NGV, siapa stesen KHAS lagi… dan banyak gak tempat lain yang dh bina Stesen NGV gak… kiranya NGV sekarang dah tumbuh bagai cendawan la..hehehe

Jadi, apa pula pandangan korang? Ada ker yang dah pakai NGV? dan mungkin selepas nie nak pakai pula??

Nota kaki : Jom kita berbasikal g tempat kerja nak? lagi jimat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments

  1. mrs adam says:

    kete kedua pakai ngv,tapi tak rase berat pun.hehehe.(sbb jd penumpang je bukan driver)tp ngv mmg jimat abis.cuma masalah kalau kwsn luar klang valley tak de/tak byk ngv la.

  2. ieda says:

    kat sini NGV tak banyak…susah nak dapat.tapi kalau utk avanza nak sumbat kat mana?tempat barang kecik ja.
    ron97 lebih jimat utk long distance drive.hbby selalu buat macam ni…half tank 95..half tank 97 bila nak konvoi…

  3. fiezaradzi says:

    kat area kl mmg dah byk, tapi lau balik kg, problem sikit.. susah nak cari stesen yg de ngv ni.. tak sebanyak di kl..

    tapi tul la tu.. nnti bonet kete tak leh isi brg byk2.. nak2 yg de anak 2-3 org.. penuh dah.. hihii..nape kete kelisa (40L) lebih mahal dri iswara (55L)? tanya je.. lau mmg gitu, mungkin susah nak pasang kot.. ke pe?

Leave a Reply to ieda Cancel reply