Selamat Tahun Baru Hijrah!

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Hari ini 1 Muharram 1432H. Cepat sungguh masa berlalukan. Rasa sekejap jer kita setahun dalam kalendar Islam.

Jadi di kesempatan ini, aku mengucapkan

SELAMAT MAAL HIJRAH

semoga penghijrahan kita diberkati Allah swt.

Nota kaki : Apa prancangan anda di cuti umum ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 comments

Leave a Reply to fatimah Cancel reply