Simply-simply jer tutup..ingat simply siti ker?

my hero

Adoi… tension aku pepagi…. dah siap segala bagai nak pergi kerja, macam biasa la menghantar 3 hero aku ke TASKA. Tetapi………………………………

Sampai jer sana, gelap gulita macam kat gua.. **tak ada lampu la**... rupa-rupanya TASKA DITUTUP sempena CUTI KRISMAS.

Hah?? Cuti Krismas?? TANPA NOTIS??

errrk…….bukan Krimas jatuh hari Sabtu kan? mana ada orang buat cuti gantian kalu jatuh hari Sabtu ke hari Isnin? Kalu Taska tutup, jadi mak bapak tak perlu kerja la yek? Sebab TASKA dah tutup!

Adoi………….terpaksa kelam kabut mencari tempat lain nak di hantar. Nak hantar umah mak aku, mak aku pun jaga anak orang gak… nak bawa g opis.. dah lah 2 hari tak kerja, mau berlambak kerja aku…

Kesudahannya, hantar kat belakang TASKA aku, dalam erti kata, taska yang berhampiran jugak la… emmm…..tanya tadi hantar 3 beradik tuk 1 hari derang charge RM57.00. Murah tak?? huhuhu

Ini bukan kali pertama TASKA aku buat hal. Dulu masa time Selangor cuti. Aku kerja KL, jadi derang leh tutup lak TASKA dengan alasan ikut negeri derang duduk… adoi…

Mati la aku macam nie, tetiba ada emergency cuti. Bising dah my IR pasal kejadian macam nie… emm… TASKA korang macam tu gak ker?

Mereka tutup hanya ikut CUTI UMUM sahaja atau termasuk CUTI UMUM NEGERI?

Simply-simply jer tutup… apa hingat simply siti ker?? ggrrrrrrrrrrrr………..

Nota kaki : kan dah pepagi bikin aku membebel…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

41 comments

  1. mizzura says:

    kesian lah 3 beradik tu ek..rm75 tuk 3 orang kan..cuba bawak resit tu backcharge taska yang tutup tanpa notis tu pulak..baru taska tu tau suka2 je nak tutup..

  2. watie says:

    a’ah, ko claim balik kat taska ko tuh..sesuka ati jer tutup takder notis, sebab tu dulu masa anak aku kecik aku anta kat jiran jer, kiranya leh nego gitu…jiran2 ko takder ker yg nak mengasuh budak…..hehehe

    opsss, terlebih suda….

    • sumijelly says:

      @watie,
      huhuhu…jiran sekeliling banyak yang bekerja dr surirumah….
      aku malas la nak claim balik…nanti silap hari bulan dia balas… memacam claim lak kat aku… lagi naya….

      so..biarkan supaya tidak berpanjangan……..

  3. eliss says:

    ok laa tu taska, aku mak pengasuh nuha ajer pun cuti ngalahkan aku cuti mcm mana.hr tu straight seminggu, pitam maaakkk…3 hr terpaksa htr taska uitm -15hinggit sehari.

  4. ieda says:

    sekolah nabila lagi best…hari biasa pun tetiba boleh cuti…cikgu tak cukup…letih siapkan dia tetiba sampai sekolah pintu semua kunci..ada notis cuti…sakit jiwa betoi…dah banyak kali kena.yg budak kecik tu syokla…boleh naik kereta pi balik.

  5. Amry says:

    memang panas kalau jenis simply simply tutup ni. nyusahkan orang lain. inform la terlebih dulu. tukar jer taska lain, baru tau diorang tu…

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply