Pendaftaran Sekolah Rendah Danial

Hai sumer! Lama tak update, maka kene la updatekan…

Sepatutnya semalam kongsi cerita pasal Danial di Sekolah Rendah dia, tapi tak sempat lak…sibuk mengemas umah..hehehehe

K, jom tengok gelagat anak bujang aku kat Sekolah Rendah dia jap…

danial sekolah

Hari Jumaat (31.12.2010) hari terakhir penghujung 2010, anak aku daftar sekolah. Jadi tuk pendaftaran, kene masuk pagi jap… jadi pepagi aku bagi sarapan macam biasa, roti dan air milo.

Selalu macam nie la pepagi, semua dah berjaga dan sibuk makan pagi..termasuk 2 hero lagi..hehehee

danial sekolah

Sampai sana dalam kul 8.00 pagi, sumer dah beratur kat perhimpunan….. alahai teringat aku masa kecik2 dulu…. macam ni lakot kan? hehehe

Semua dah berpakaian lengkap…majoriti anak melayu aku tengok..ada la segelintir cina dan india tp tak ramai.

Baru perasan, dulu zaman sekolah aku, ada yang pakai seluar pendek tuk lelaki… kali ni sumer dha berseluar panjang.

Mak aku siap tanya “kenapa tak beli seluar pendek?” hehehehe

Rasanya dah tak releven kot dengan zaman serba maju kan… ramai anak lelaki yang suka berseluar panjang..hehehe

danial sekolah

Ni dalam bilik darjah… ibu bapa pun turut serta, sebab tengah isi borang kemasukan pelajar. My IR g uruskan buku sekolah sementara aku isi borang anak jap..

Banyak gak benda nak isi, buku kesihatan masa kecil pun aku bawa, sebab nak sisi segala suntikan masa bawah 2 tahun dulu…

danial seklah

Ni depan sekolah Danial…

Sekolah Kebangsaan Jalan EMpat, Bandar Baru Bangi…harap2 sekolah ini dapat memberikan pelajaran tuk anak aku dengan secukupnya….

danial sekolah

Amacam? Hensem tak Danial??

Tengok, sempat lagi nak makan…hehehe…. hari pendaftaran tu singkat jer… kul 10.30 pagi dah boleh balik selepas urusan pembayaran selesai…

Ok. hari ni pula adalah hari sebenar persekolahan…. jadi dari pukul 1.30 ptg – 6.30 ptg Danial akan berada di sekolah. Harap-harap baju sekolah dia dapat bertahan selama 2-3 hari tanpa kekotoran……hehehe

Nota kaki : AKu lak risau, boleh ker dia bertahan selama 5 jam di sekolah nanti??hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 comments

Leave a Reply to Affan Cancel reply