Semalam adalah hari pertama Danial bersekolah. Bermakna dia akan berada di sekolah dari jam 1.30 petang hingga pukul 6.30 petang….
5 jam…perghh……..macam g kerja la pulak..hehehe….bezanya leh masuk lambat kul 1.30 petang, kalu g kerja masuk kul 8.00 pagi..
Semalam Danial di tempatkan kelas sementara dahulu, kerana hari ini dia bakal menduduki peperiksaan penilaian di mana, selepas periksa baru di tempatkan ke kelas yang sebenar.
Harap-harap Danial dapat la jawab dengan elok hari ni…
Tuk sementara, dia duduk di barisan belakang sekali… emmm…jauh tul..
Aku sebenarnya tak berapa suka dia duduk kat belakang, nanti tumpuan belajar ilang…bila kat depan, senang sikit nak membaca apa yang cikgu tulis kat papan hitam…
Tak per, nanti dapat kelas sebenar harap2 cikgu dapat tempatkan dia di barisan hadapan.
Ni time rehat… kira hari pertama rehat di sekolah…
Aku beli makanan kat luar, sebab aku rasa dia susah nak membeli makanan kat kantin... air botol dia dah bawa dari rumah, aku sediakan… jadi hanya perlu beli makanan jer..
tuk semalam aku belikan dahulu, hari ni aku nak suh dia beli senriri, supaya pandai beli sendiri nanti…
Macam mana aku nak suh Danial beli semalam? korang tengokla… bukan budak pelajar yang beratur beli, tapi mak pak sekali pun beratur…. macam mana tak sesak..
Hari ni kot baru aku suh dia beli sendiri… nak belajar, harap2 tak derla mak bapak yang duk beratur tuk anak belikan makanan… kalu macam nie, baik la mak pak dia duk seklai kat sekolah tu…hehehehe
Ok..rasanya aku snap gambar kemain banyak, tapi bila nak update dapat kuar 2-3 keping jer… hehehehe
Tak perla, letak bebanyak pun muak la pulak kang….jadi hari nie jer kot aku tengok dia di akantin sekolah…selepas ni pepandai la dia jaga diri… semoga dia pandai menyesuaikan diri dengan suasana baru… AMIN
Nota kaki : Risau tetap ada walaupun biarkan Danial keseorangan…………

mak pak tu tlg ajar anak bayar duit kuih muih hehe.. anak aku siap nangis lagi tak nmpk maknya time rehat.. aduh siap mimpi lg malam semalam, kate aku tinggalkan die.. mmg nightmare sungguh.. harap2 hari ni time rehat sek ptg die tak nangis mcm smlm.. capek maknya nih
@fara,
pergh…scarynya..siap termimpi2 lagi…hehehehe
harap2 ok la pas nie.. susah la kalu nak kene jadi penuggu sekolah lak…
seronok baca citer hari pertama anak2 kat sekolah
@sharinginfoz,
hehehe… anak nik mcm mana?? ok ker??
semoga danial seronok belajar bersama kawan2 baru π
seronoknya mak danial pergi sekolah. siap bergambar-gambar lagi. danial sendiri takut + gementar agaknya. hahaha
Terbaru > Selamat Bersekolah > Apa Akan Jadi Pada Nuffnang di 2011? > Tahniah Kepada Juara AFF Suzuki Cup 2010 : Malaysia (PM Umum Jumaat Cuti Umum/Rio Ferdinand Ucap Tahniah)
danial masuk sekolah mana? my sis pon cerita, kantin sekolah anak dia penuh dgn parents yg beratur sekali nk beli makanan
wah meriah budak2 ni.. macam aku nak masuk sekolah je semula.. anak tak meragam dekat sekolah?
seronok daniel mulakan hari persekolahan nya, bukan meriah dengan budak budak, mak bapak budak tuu meriah sakan.. anak anak dah besar, dah bersekolah pun ye takk
wah dah sekolah dah danial…moga masuk kelas yang okey dan belajar rajin2 yer…kat sekolah minggu nie memang meriah dgn parents…hehehehe…anak-anak yang masuk sekolah tapi parents pun duk ada sama…
anak akak nangis hari ni tak nak sekolah ….. bukan mak pak jer sibuk nenek atuk semua ada tau.. siap ada tepi tingkap/ pastu semua kena halau…
Tiba2 risau terfikir macam mana la aku nak ajar anak aku bila dia masuk sekolah Tahun 1 nanti… Huhuhu..
danial duduk belakang, tak best la, takut tak nampak apa yg ditulis. suka tengok budak-budak sekolah, excited nak sekolah balik tapi tak dapat umur dah lebih.
hik3..makpak yang lagi semangat ke sekolah…kih2…
hehehe tu tak termasuk mak bapa yg dok ambik gambaq anak sebab semua nak masuk blog …. hehehehehehe bila nak kerja niiiii, sunyi sepi ja opis ni.
dia tinggi drp org lain kot, tu pasal cikgu letak belakang