Hari Pertama persekolahan Danial

Semalam adalah hari pertama Danial bersekolah. Bermakna dia akan berada di sekolah dari jam 1.30 petang hingga pukul 6.30 petang….

5 jam…perghh……..macam g kerja la pulak..hehehe….bezanya leh masuk lambat kul 1.30 petang, kalu g kerja masuk kul 8.00 pagi..

danial

Semalam Danial di tempatkan kelas sementara dahulu, kerana hari ini dia bakal menduduki peperiksaan penilaian di mana, selepas periksa baru di tempatkan ke kelas yang sebenar.

Harap-harap Danial dapat la jawab dengan elok hari ni…

danial

Tuk sementara, dia duduk di barisan belakang sekali… emmm…jauh tul..

Aku sebenarnya tak berapa suka dia duduk kat belakang, nanti tumpuan belajar ilang…bila kat depan, senang sikit nak membaca apa yang cikgu tulis kat papan hitam…

Tak per, nanti dapat kelas sebenar harap2 cikgu dapat tempatkan dia di barisan hadapan.

danial

Ni time rehat… kira hari pertama rehat di sekolah…

Aku beli makanan kat luar, sebab aku rasa dia susah nak membeli makanan kat kantin... air botol dia dah bawa dari rumah, aku sediakan… jadi hanya perlu beli makanan jer..

tuk semalam aku belikan dahulu, hari ni aku nak suh dia beli senriri, supaya pandai beli sendiri nanti…

danial

Macam mana aku nak suh Danial beli semalam? korang tengokla… bukan budak pelajar yang beratur beli, tapi mak pak sekali pun beratur…. macam mana tak sesak..

Hari ni kot baru aku suh dia beli sendiri… nak belajar, harap2 tak derla mak bapak yang duk beratur tuk anak belikan makanan… kalu macam nie, baik la mak pak dia duk seklai kat sekolah tu…hehehehe

Ok..rasanya aku snap gambar kemain banyak, tapi bila nak update dapat kuar 2-3 keping jer… hehehehe

Tak perla, letak bebanyak pun muak la pulak kang….jadi hari nie jer kot aku tengok dia di akantin sekolah…selepas ni pepandai la dia jaga diri… semoga dia pandai menyesuaikan diri dengan suasana baru… AMIN

Nota kaki : Risau tetap ada walaupun biarkan Danial keseorangan…………

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments

  1. fara says:

    mak pak tu tlg ajar anak bayar duit kuih muih hehe.. anak aku siap nangis lagi tak nmpk maknya time rehat.. aduh siap mimpi lg malam semalam, kate aku tinggalkan die.. mmg nightmare sungguh.. harap2 hari ni time rehat sek ptg die tak nangis mcm smlm.. capek maknya nih

  2. lynn hamzah says:

    wah dah sekolah dah danial…moga masuk kelas yang okey dan belajar rajin2 yer…kat sekolah minggu nie memang meriah dgn parents…hehehehe…anak-anak yang masuk sekolah tapi parents pun duk ada sama…

  3. eiela says:

    danial duduk belakang, tak best la, takut tak nampak apa yg ditulis. suka tengok budak-budak sekolah, excited nak sekolah balik tapi tak dapat umur dah lebih.

  4. jiran belakang says:

    hehehe tu tak termasuk mak bapa yg dok ambik gambaq anak sebab semua nak masuk blog …. hehehehehehe bila nak kerja niiiii, sunyi sepi ja opis ni.

Leave a Reply to Biela Sapine Cancel reply