Adakah Anda Merancang Untuk Hamil?
Membuat keputusan untuk mempunyai anak adalah keputusan penting dalam sebuah perkahwinan. Dengan kehadiran cahayamata dalam sesebuah keluarga akan mengubah cara hidup setiap pasangan suami isteri. Perancangan dan persediaan awal ini penting bagi setiap pasangan terutamanya dari segi kesihatan, emosi dan kewangan.
Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum hamil:
- Pasangan perlu cuba mengurus tekanan dalam kehidupan seharian sebaiknya kerana ini akan menyukarkan anda hamil.
- Jika salah seorang pasangan bekerja dengan bahan kimia, plumbum, anestetik atau sinaran x-ray, ini juga memberi risiko pada kehamilan. Dalam hal ini berbincanglah dengan doktor sebelum anda merancang kehamilan.
- Wanita yang berusia 35 tahun ke atas dinasihatkan tidak hamil kerana pada usia ini risiko ketidaksuburan dan memperolehi anak cacat adalah tinggi.
- Merokok, meminum alkohol dan penyalahgunaan dadah meningkatkan risiko kehamilan dan kelahiran anak cacat. Lagipun sebagai seorang Islam jauhilah dari perkara-perkara buruk ini agar anak yang lahir kelak sihat lagi beramal soleh.
- Ibu bapa yang sihat dan kehidupannya harmoni melahirkan bayi yang sihat dan bersifat positif.
- Seorang wanita perlukan diet yang seimbang sebelum dan semasa hamil. Jadi sebagai persediaan awal biasanya wanita digalakkan mengambil ASID FOLID. Ini penting untuk melahirkan anak yang sihat, cergas dan pintar. Malah membantu mengurangkan risiko keguguran.
- Bagi wanita yang menggunakan alat pencegah hamil, anda boleh berhenti menggunakannya untuk membolehkan anda hamil.
Nota kaki : Ewah…. dah mula dah citer pasal kehamilan…hikhikhik
Saya pernah merancang untuk hamil tetapi akhirnya saya sedari mustahil untuk saya hamil.
Hamilkan orang boleh lah saya keh keh keh…
@Khairi,
chait… hampeh ko.. kalu tak baca ID ko tu… mati2 ingat khairina tau…hahahaha…
ko hamilkan org jerla…hehehehe…
saya tidak merancang untuk hamil…oleh itu, saya sentiasa ambil pil pencegah hamil
kehkehkeh
@Sky0ne,
apa jadahnya ko ambil pil perancang? GAY pun tak pakai pil perancang tau…….hahahaha
tetibe je info pasal nak preggie. mcm tau2 je ko aku mmg plan nak preggie hahaha..
tapi kan part ni agak senang kalau aku berhenti keje:
?Pasangan perlu cuba mengurus tekanan dalam kehidupan seharian sebaiknya kerana ini akan menyukarkan anda hamil.
confirm 100% tak de stress, bak kata hubby aku, awk ni pegi keje blk keje muke ketat tu same jek.. adehh! tu la, nak breneti keje sape suh tak bagi, kan dah stress ;P
@fara,
tapi kalu duk umah kekadang stress gak.. sbb kerja umah berlambak2 la pulak.. urus anak, urus rumah.. pengsan la kalu duk umah.. baik duk opis…hehehe
selalu nya stress ni untuk ibu2 yang bermasalah mengandung… contoh mudah keguguran ker, susah nak mengandung ker… tu yg patut duduk berehat kat umah..
oooo..dah mula kasi tips dah ni..hehe..ko bila due nih?
@Nia,
tips bagi je… tp sendiri pun tak tahu, kene ke tisak tips yg di pratikkan..hahahaha
due sama ngan bini angkasawan…hahahaha tak pun victoria bechkam..hehehehe
adakah saya merancang untuk hamil? nantikan jawapannya….
@ummiarissa,
ngek lako… cukup2 la… kasi la chance kat org lain lak………..
no3…..walaupun dah jarak 8 tahun, tp belum pikir nak tambah….hehe
@watie,
tambah selagi keinginan nak menambah ada…. sok2 leh jaga anak sepnuhnya sahaja…hehehe eh..jaga suami sekali la….
Adeyyy..dah 9 bulan kena ngadap entri pasal ngandung..wakakaka..ok gak tuh sumi..hehe..ko tukar domainlah camni sumingandung.com tak pun sumibunting.com..amcm ok tak..hehe
@JEJAI,
apa jadahnya aku nak tukar domain… tak asli la nanti…
habis la ko… aku rasa pas ko baca tips aku, mesti ko suh wife ko praktikkan…hehehehe