Kisah terpendam : Menonton wayang bersama keluarga cerita Gulliver’s Travel yang dah berlalu…

gulliver travels

Pengembaraan Gulliver bermula apabila memasuki dunia orang kerdil yang tinggal di Pulau Liliput.

Plot yang diadaptasi dari novel Jonathan Swift pada kurun ke-18 ini menampilkan genre pengembaraan klasik dan komedi kontemporari. Sesuai dengan pemilihan Black sebagai pendukung utama dibantu Jason Segel, Emily Blunt, Amanda Peet dan Billy Connolly, pelbagai adegan lucu dapat ditonton.

Gulliver menjadi lelaki yang dianggap gergasi pada kelompok masyarakat di Pulau Liliput.  Selepas ditangkap askar kerdil diketuai Jeneral Edward, dia kemudian diberi kepercayaan Raja dan Permaisuri di negara itu untuk menyelamatkan Puteri Mary (Emily) yang diculik. Atas tugasan baru itu, dia dilantik sebagai penyelamat rasmi diraja tetapi tidak disukai Edward yang berusaha menyingkap kebenaran untuk menjatuhkan kredibiliti Gulliver.

Sebenarnya aku tengok wayang ni dah lama…… bulan Disember tahun lepas. tapi sekarang baru sempat nak update…. sengalkan?? hehehe

gulivver

Ini lah tiket wayang terakhir pada tahun 2010. Tiket wayang yang aku dapat sempena hari jadi ku dari Nuffnang……

Dan untuk menunaikan permintaan si Danial sebelum buka sekolah menonton wayang bersama…. ialah..sian dia sepanjang cuti sekolah duduk rumah, aku tak sempat nakbawa dia kemana2…

gulliver travel

Ini wajah kegembiraan lagi 2 hero……. kemain suka kalu bab nak tengok wayang.….. Tapi tula.. bila duduk dalam wayang, orang suruh tengok wayang, dia lebih banyak makan kudapan dr tengok…hik3…

Si Zulfadhli pula berjalan-jalan ke hulur hilir macam dia kat rumah…. geram aku. tak reti duduk diam……

gulivver.

Cerita ni memang menarik bila di tonton bersama keluarga……. Ada la sikit yang memerlukan anak aku tutup mata…. tang derang bercium….hik3…

Jadi anak-anak aku tahu, bila part tu jer, derang tutup mata… dalam kul 10.30 malam wayangpun habis..

ala tengok kat The Mines jer… sebaik dekat.. so, terus balik rumah landing ke katil..penat ko…

Emm.. sekarang bulan Januari wayang tak menarik la(sebab aku tak leh tengok..hahaha) jadi… nak tengok wayang kene tengok citer yang melibatkan kanak-kanak jerla…

Wayang yang tidak menyeramkan dan kelakar jerla aku leh tengok…hehehe..so sekian aja kisah lama aku tahun lepas….. mesti korang bosan membacakan?? hahaha

Nota kaki : Selamat bercuti yek kengkawan… ad aker yang g tengok wayang hari ne?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments

Leave a Reply to MuJE Cancel reply