Buat rujukan boleh, nak percaya?? emm terpulang la pada hak masing-masing

Anak adalah anugerah tuhan yang tak ternilai. Takleh di samakan dengan harta benda dan wang ringgit. Tapi ramai gak yang sanggup jual anak demi kepentingan diri sendiri kan?

Sedih la bila baca kat surat khabar dan dengar berita di TV pasal penjualan bayi di klinik-klini @ hospital. Mana perginya sifat keibubapaan mereka yek? dan kemanakah sifat kemannusia pada si penjual dan pembeli tu yek??ishk..ishk…

Oleh itu, jika terasa nak menikah cepat-cepat la g nikah dari banyak membuat dosa dan marilah kita menambahkan pahala

ops.. tahu la hari ni Jumaat, tetiba buat khutbah pulak… ok..sebenarnya nak citer pasal Kalendar Cina yang selalu di gunakan oleh ibu-ibu hamil untuk melihat JANTINA anak yang dikandung nya..

kalendar cina

Aku pernah guna Kalendar ni, tapi rasanya dari 3 hanya 1 jerla betul… maka aku tak jadikan ia sebagai panduan yang betul hanya sekadar membaca jer..heheh

Ikutkan cara melihat Kalendar Cina ni adalah :

Pengiraan jantina berdasarkan hari ‘persenyawaan’ mengikut umur sibu ketika itu

Jadi untuk memudahkan korang paham, meh jerla kira ikut umur aku… dah aku lahir ujung tahun iaitu bulan Duabelas, maka selalula lambat nak mencukup umurkan..hehehe jadi sentiasa kurang 1 angka setiap tahun…

Contoh :

  • Tahun 2004 umur aku ketika mengandung kan Danial adalah 23 tahun, sebab 09.12.2004 baru umur aku akan genap 24 tahun,

– Umur 23 tahun  bakal menimang anak lelaki (dan memang betul lahirlah Danial)

  • Tahun 2006 umur aku ketika mengandung kan Iskandar adalah 25 tahun, sebab 09.12.2006 baru umur aku akan genap 26 tahun,

– Umur 25 tahun  bakal menimang anak perempuan(tapi aku telah pun melahirkan Iskandar, kira SALAH la bacaan nya) **eh tapi memang masa tu mengharapkan perempuan kan.. konon nak sepasang…hehehe**

  • Tahun 2008 umur aku ketika mengandung kan Zulfadhli adalah 27 tahun, sebab 09.12.2008 baru umur aku akan genap 28 tahun,

– Umur 27 tahun  bakal menimang anak perempuan tapi aku telah pun melahirkan Zulfadhli, kira SALAH la bacaan nya) **eh setelah lahirnya Zulfadhli masih lagi berharap perempuan, tapi apakan daya dpt lelaki gak…hehehe**

  • Tahun 2010 pula aku mengandung lagi (sekarang la) jadi umur aku adalah 29 tahun, sebab 09.12.2010 baru umur aku akan genap 30 tahun,

– Ikut pengiraan Umur 29 tahun  bakal menimang anak perempuan jadi aku tak nak berharap sangat, mana tahu keluar lelaki lagi. jadi teruskan la kehamilan ini dengan perasaan GEMBIRA dan TENANG

Nantilah, bila kandungan aku dah cecah 4 @ 5 bulan dah leh nampak jantina, aku takut juga nak mengharap andai Doktor kata tak nampak BIRD, sebab aku pernah buat scan masa mengandungkan anak ke 2 masa tu tak nampak BIRD gak, tapi kuar lelaki gak..hehehe

Scan pun kekadang tak betul gak kan? kekadang betul kekadang tidak… susah gak..hehehe

Jadi, aku tak kisah lelaki atau perempuan, yang penting sumer selamat dan sihat sahaja… betul tak?? hehehe

Nota kaki : Semoga semua berjalan dengan lancar…….. AMIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments

  1. cikhel says:

    ok lah haa saya komen,,saya ne najk kawen kak..boleh tak suh amer tu cepat2 masuk minang,,nt buleh ada anak!saya sayanggg anak saya!

    ahahahahaha!bongok punye komen.

  2. cybermummy says:

    dik selepas anak yang pertama yg lain tu lahir genap due date ke or awal .
    No lah mcm akak first child supposed to lahir bulan dec but lahir jan . So kalau betul iku EDD anak akak ppuan tapi kalau ikut bulan kelahiran dia . Dai dah bertukar jadi lelaki lah pulak .kekeke

    • sumijelly says:

      @cybermummy,
      tu la.. susah gak kalu nak ramal guna mcm tu… tak perla kak.. panduan leh la.. nak percaya betul2 susah la… jantina ni anugerah tuhan, dia bagi laki, tetima jer, dia bagi perempuan pun bersyukur… janjji sihat kedua2nya..

      emm…. tak nak yg ke 5 ker?? hehehe…..

  3. mdm june says:

    org pun ada try benda ni masa pregnant raiyan…jadi gak…tapi tu smua rezeki jgn ikut sgt la kan…hehehe..
    klu ikut umur kita 26 jdi bila kat table cine ni umur kita akan jadi 27…
    pastu last dtg bln…nnt dia bgth la boy ke gurl…

  4. nazira says:

    ni 2nd baby saya…1st baby memang lelaki…tue yg 2nd nak perempuan…nak sangat2…semua berdoa saya dapat baby girl….Doakan saya yer..saya x nak percaya pada scan coz Allah Maha Mengasihani….
    doakn baby n saya selamat , sempurna dan sihat….AMIN..

Leave a Reply to sumijelly Cancel reply