Untuk penulis blog, LHDN sedang memburu anda….

Hari minggu selalunya hari tuk beristirehat…. tetiba pepagi aku baca status Kak Red, terkedu, terkesima sekejap….

facebook

Aiyok….. kisah pasal LHDN la…. hik3.. (pinjam jap status Kak Red yek!)

Aku rasa mesti surat khabar Berita Harian hari ni laku giler, sebab ramai blogger g cari tuk baca termasuk diri aku…hak3…

Facebook

Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan

KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.

Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.

Berita lanjut dapatkan naskhah Berita Minggu hari ini.

Muka depan yek…. dan dalamnya 2 pages full cover pasal Kak Red tau…muka Nicholas Chay dari Nuffnang pun ado gak… perghhh………. citer @ muka masuk paper ada derang bayar tak?? hik3… leh claim tu, sebab nanti nak cover bayar tax kat LHDN…. (gurau-gurau jer yek…hik3)

manakala dalaam Facebook Jabatan Peneragan Malaysia lak, kuar gak status pasal blog/forum  perlu bayar cukai.

facebook

dan mereka siap tuliskan terperinci Akta Cukai Pendapatan 1968, di bawah seksyen7… ha… tak paham??

Korang baca la sendiri, aku dah tempek gambar ni…

facebook

Alahai… aku income setahun pun tak cecah RM1,000 ko… adakah perlu untuk men’declare’ ke LHDN?? emmm….. nanti, nak kene semak dulu. Bertindak sebelum terlambat…

Ha.. kepada sumer blog-blog yang mendapat pendapatan, sila lah bersedia mana tahu pas ni dapat emel @ panggilan dari Pegawai LHDN lak.. tapi AWAS, mana tahu pulak bila dalam keadaan macam ramai pulak Pegawai LHDB Palsu wujud untuk mengambil kesempatan.

Berhati-hati yek, siasat dulu andai ia adalah Pegawai LHDN tulen @ palsu… jangan sebab takut di saman atau apa, kita mengiyakan segala butir mereka…

Nota kaki : Emm…..mesti ramai duk congak2 pendapatan setahun berblog…hik3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 comments

Leave a Reply to MuJE Cancel reply