Pesta Angin Timur Perlis…….
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Negeri Perlis akan menganjurkan Program Pesta Angin Timur 2011 di mana progam ini merupakan acara pembukaan bagi Negeri Perlis untuk tahun 2011.
Program : Pesta Acara Angin TImur 2011
Tarikh : 26 – 27 Februari 2011
Tempat : Kampung Banir Tembus, Mukim Sanglang, Simpang Empat, Perlis.
Program ini merupakan saranan daripada YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Perlis dan Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Perlis, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis.
Objektif utama :
program ini adalah untuk memaparkan aktiviti selepas musim menuai padi di Negeri Perlis termasuklah aktiviti pameran, pertandingan, demonstrasi dan persembahan. Acara perasmian akan dilaksanakan secara bersama iaitu YAB Dato’ Seri Menteri Besar Perlis, YB Dato’ Seri Utama Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan serta YB Menteri Pelancongan pada 27 Februari 2011 pada pukul 10.00 pagi.
Bersempena dengan Pesta Angin Timur ini, Pejabat Tourism Malaysia Perlis berperanan menjadi urusetia di dalam acara ‘Malaysia Book of Records’ Tumbuk Sambal Belacan Paling Ramai yang akan melibatkan lebih dari 1000 orang peserta. Acara ini akan diadakan pada hari ke 2 (27 Februari 2011) sebaik sahaja acara perasmian dijalankan.
Antara acara lain yang turut diadakan ialah acara sukan rakyat, pertandingan wau, persembahan orkestra dan kebudayaan, persembahan nyanyian oleh artis terkenal dan artis-artis tempatan, Pertandingan Burung Mebah Jambul, demonstrasi dan pertandingan memasak, pameran dan jualan dan banyak lagi.
Sehubungan dengan itu juga, semua warga Malaysia dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan Pesta Angin Timur Perlis 2011 ini. Bersama-sama ini dilampirkan program bagi acara tersebut.
(26/02/2011)
Moh kita ke bendang………………..
Nota kaki : Pergi la.. mana tahu leh bawa balik belacan FREE..hehehe